BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Khamis, 12 Mac 2009

CRY IS SOLUTION????


assalamualaikum W.B.T dan salam muhibbah. . .
sekarang aku kat dalam DKC [dewan kuliah C]. ada kumpulan tengah pembentangan kat depan ni. .pembentangan tentang sistem pendidikan India @ Tamil di Malaysia. tajuk menarik tapi aku gatal gak nak taip entri ni. sebenarnya dah lama nak buat entri ni sebab aku rasa nak bincang kat blog aku ni.

kenapa tajuk dalam BI??. sebab aku nak mengekalkan keaslian topik yang aku rasa menarik ini. kawan aku kat Ym buat status seperti tajuk di atas. sebab tu aku kekalkan tajuk tu. .hehe.

persoalannya betulkah?????. .menangis adalah penyelesai masalah kita???. .yakah??. .
pada aku menangis tak dapat menyelesaikan masalah namun menangis dapat mengurangkan beban dan buat seseorang berasa tenang walaupun untuk seketika.

menangis juga sering berkait rapat dengan golongan wanita. yakah??

tetiba aku teringat dengan kawan perempuan aku Santi pernah tanya aku pasal menangis ni. dia tanya aku "lelaki menangis berapa kali 1 minggu?". hahaha. aku terus teranglah kalau aku dalam sebulan pun belum tentu ada menangis. pendek cerita dalam setahun mungkin boleh di kira dengan jari. hehe. aku tak cakap lelaki tak menangis. aku sendiri pun akan menangis juga. terutama teringatkan mak aku. tapi lelaki tak akan menangis depan public tahu!. biasalah. ego lelaki lebih tinggi dari tinggi tubuh badan dorang sendiri. sama gak lah dengan aku. tapi ada bataslah. keke. kecuali dengan orang yang rapat dengan diri kami je. ngee~

Santi cakap kalau perempuan tak sah kalau dalam seminggu tak menangis. jadi tiap2 minggu perempuan ada menangis. .yakah??. tu dia kot. korang pula macam mana??. sebab tu kot golongan wanita ni sering di gelar cengeng. faham ke cengeng tu apa?. kawan kelantan aku tak faham. sabah je kot guna tu. berdasarkan pemahaman aku lah kan. cengeng tu samalah maksudnya dengan selalu nangis. sikit2 nak nangis. sikit2 nak nangis. macam budak2. hahaha.

bolehlah di anggap air mata lelaki adalah MAHAL berbanding wanita. hehe

namun air mata wanita ni jugalah senjata nuklear wanita. kenapa aku menyatakan sedemikian?. kerana selalunya air mata wanita ni akan dapat mencairkan dan memadamkan api yang membara dalam diri seseorang. selalunya pasangan kekasihlah. kalau ada masalah lelaki selalunya akan kalah dengan air mata wanita. akhirnya masalah selesai. jadi betulkah air mata merupakan penyelesai masalah???

apa pendapat korang?. betulkah menangis adalah penyelesaian?. betulkah perempuan ni cengeng?. dan apakah nilai air mata kepada seorang lelaki dan wanita???. mohon respon korang.

12 ulasan:

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) berkata...

aku suka nangis hari2.... wek...

Jidih M. berkata...

xbaik tipu. .bohong xpa. .LoL~

Tanpa Nama berkata...

Sikin lg.. Hehehe..
Hemm.. Kalo aku, xdalah setiap minggu aku ngs..
Time igt kat mak aku jer aku ngs.. Hehehe
Lg 1, aku fhm cengeng 2.. Org johor pun guna gak... Huhuhu

Tanpa Nama berkata...

mnangis bukan pnyelesaiannya...mmg btul...hanya stakat mluahkan poerasaan n bebanan di ati..
seksa memendam di ati..
maka perempuan lebih fleksibel..kdg2 mnangis bkn klemahan wanita...cume hanya ingin meluahkan petrasaan yg tpendam...ini lbh elok mnangis je...xmarah lg..xmerajuk lg..klau marah merajuk lg la susah..
jg air mata wanita ni kdg2 xblh la dkatakn senjata ya..
kerana bkan smuanya cair ngan air mata..
kdg2 air mata pon xdpt mgubah apa2...
yang xmnangis bkan kerana tabah..cuma adakalanya kesedihan dan kekecewaan yg amat sgt turut mjadikn seseorg itu kabur dengan perasaan dirinya...
menangis dan maksudm tersiratnya bgantung pada individu..adakalanya...tangisan itu kerana sesuatu yng manis dan bkannya kerana sesuatu yang pahit sahaja...
maka jgn silap nilai ya...
menangis ni sifat natural dan mmg
mjadi sbahagian dlm diri kta utk mnyatakn perasaaan....
dan ada mentyatakan menangis dengan kadar yg sesuai baik utk mata gak...membersihkan mata kn..
hahaa...
tertakluk pada penilaian idividu la...tp lepaskan perasaan melalui tangisan apabila hati ingin berbuat demikian xmengambil kira perbezaan jantina...

Jidih M. berkata...

to sikin; owh fhm gk erk. .bgs2. .hehe. .ye ke xngis. .aq slalu dgr suara ko ngis smpi kat blok 2 ni. .haha. .kiddin

to albie; thx 4 komen yg bernas. .hehe. .ni m or f?. .sapa erk?. .klu ada blog bg r. .so ble gk aq view. .ngee. .jd konklusinya utk komen ko tangisan mmg bkn penyelesaiannya kan. .aah klu mrajuk mmg la lg susa. .tp klu aku xble tgk gf aq nangis. .aq pun sedih gk. .trus xsmpi ati. .huhu

Tanpa Nama berkata...

kpd jidih...
blognye xda..
tp tuannya jidih mesti tau...
ambil pendidikan bahasa melayu gak ni...
heheee...tekalah...
female 4 sure...
trima kasih atas pujian tlebih dahulu..
yang pastinya tangisan mmg bukan penyelesaian...
pentelesaian terletak pada tangan kita...
nangis hanya sekadar melupakan masalah dan mengelakkan masalah untuk sementara waktu sahaja...
bagi lelaki yg mmg xblh tgk gf nangis dan xsampai hati melihat ppuan menitiskan air mata ni..
mmg amat dipuji karana anda mghargai dan memahami bahawa tangisan bukanlah senjata untuk mdptkan perhatian dan simpati..(walaupun segelintir mbawa makna sedemikian) menangis pula bagi yang ppuan biarla bpada-pada dan btempat...klau tiap2 kali bsedih dan perkara kecil pun nak menangis..maka hlangla makna tangisan..dan yang tinggal hanya tabiat yang suka menangis.....yg mburukkan keadaan dan tanggapan org lain thdp diri kita...
fahamila..tangisan tidak mperlihatkan kelemahan semata-mata..kadang2 ia turut memberikan seribu satu makna yang tersirat yang tak terungkap dengan kata2 saja...maka teliti erti sebenar tangisan.....

Jidih M. berkata...

albie aka peipei. .da tau da. .ngee..xsgka komen peipei mcm ni. .ingt bdk smnjg. .upanya komen dak borneo gk. .keke. .syabas!!. .LoL~

Tanpa Nama berkata...

yeszaa..
heheh bese laa lau bz mne smpt nk update blog..
it's ok..
haah ak dk tesl..
anyway thanx sbb follow ak gk..
hehehe..

Tanpa Nama berkata...

heheh..tau xper...assgn byk...
mkn nk abes nie..
mkn byk assgn kne submit..
hehhe sba jer laa...
jgn tensen2 sgt..
t leyh jd senget...
hehehhe..
chaiyok!!chaiyok!chaiyok!
hehehe (",)

KhairulZamanKhobin berkata...

nangis ni mahal ker bagi lelaki...???
hmm
maybe....
aku setuju gak...

Hamba Ilahi berkata...

persoalan pertama: menangis bukan penyelesaian masalah tetapi terapi masalah. memang sukar untuk menyelesaikan masalah dengan menangis.namun air mata satu pemulaan untuk tidak mahu menitiskan air mata untuk perkara yang sama. lantaran itu air mata jadi terapi untuk mencari penyelesaian masalah.

persoalan kedua: tak tahu plak setakat ni tiada kajian lagi.tapi kalau ikut pemerhatian aku la aku rasa aku lebih cengeng dari pompuan.bab ni aku tak tahu nak respond.

persoalan ketiga: nilai air mata ialah satu anugerah yang bermakna untuk terus ditumpahkan.isk3

juz kawaii berkata...

crying is good in order to make us feel good~
hehehe!
tapi ketawa tetap penwar duka yg terbaik kn kn?
(alamak, cm lari topik plak)
apapepon, xsalah menangis bile ia diperlukan sbb ia adalah kurniaan allah untuk manusia. so, rugi pe klao xgune ^___^

Related Posts with Thumbnails