BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Khamis, 30 Julai 2009

ku temui arwah mak

aku tiba di rumah dengan bagasi di tangan. .
sampai saja di hadapan rumah aku terus ke ruang tamu. .
dari pintu ruang tamu. .
aku lihat bapa dan mak duduk bersebelahan. .
dengan perasaan sebak aku salam tangan bapa. .
mencium tangannya. .
mencium kedua pipi bapaku. .

kemudian aku berpaling ke arah insan yang cukup ku rindui. .
yang cukup lama tidak ku temui. .
tubuhnya yang kurus. .
rambutnya yang ikal panjang mengurai. .
sama seperti ketika hari terakhirku melihat mak yang sedang diangkat keluar oleh bapa. .

aku salam tangan mak. .
cium tangan dan pipi mak. .
dan terus memeluk mak erat2. .
aku memeluk sekuat hati. .
cukup lama aku ingin memeluk mak. .
aku tak nak melepaskan mak lagi. .
aku tak nak. .
aku tak sanggup. .
pelukannya dapat ku rasa. .
badan mak yang ku peluk terasa hangatnya. .

mak menangis. .
aku terus menangis. .
terus menangis. .
dan menangis. .

tetiba. . .

aku tersedar dari tidurku. .
tanganku sedang memeluk tubuhku. .
mataku sedang berair. .
menangis. .
aku tutup mata sekali lagi. .
ingin kembali dalam mimpiku. .
namun. .
mimpi hanya mimpi. .
aku masih menangis. .
tapi aku bersyukur. .
kerana aku yakin aku memang sedang memeluk mak. .
mak datang ke mimpi untuk bertemuku. .
aku dapat rasakan pelukan mak. .
aku dapat merasa kehangatan tubuh mak. .
walaupun sedetik cuma. .
terima kasih ya Allah. .
semoga Allah merahmati roh mak dan dijanjikan syurga. .
AMIN

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails