assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca. . .
setelah 9bulan seorang insan yang bergelar ibu membawa kandungannya. . 6 Ogos 1988. . 21 tahun lalu. . pada hari sabtu. . di Batu Dua Sandakan. . rumah keluarga mak ku. . rumah arwah nenek ku. . seorang bayi telah lahir ke dunia. . hanya terdengar rengekannya di segenap rumah. . aku hanya menangis. . aku hanya tahu menangis ketika itu. . air mata kegembiraan. . gembira telah lahir ke dunia baharu. . tak memahami apa-apa pun. . rengekan beransur diam. . merasa belaian kedua ibu bapa ku. . azan dialunkan di telinga kanan ku. . oleh bapa ku. . dengan harapan aku kan berbakti kepada keluarga dan agama ku. . mak cakap aku dilahirkan tanpa mak sedar. . keluar tanpa mak teran. . tanpa disambut oleh nenek bidan. . syukur Alhamdulillah. .
menjejak dibangku sekolah.. daripada tadika hingga tahun enam. . mak yg menguruskan segala urusan persekolahan ku. . walaupun mak tak tahu membaca. . namun dia tahu segalanya. . sifat yang cukup aku kagumi. .
ketika aku berusia sepuluh tahun. . aku berada hampir dengan ajal ku. . aku terjatuh daripada rumah kami yang belum siap sepenuhnya. . air laut naik ketika tu. . aku yang tak tahu berenang ketika tu terus menggerakkan tangan dan kaki. . tindakan ku itu yang tidak terus membawa aku terus tenggelam ke dasar. . tiap2 tiang rumah aku lihat dengan jelas. . air laut masuk terus ke dalam mulut dan hidung. . menyesakkan ku. . aku dongak ke atas dan terlihat kaki abang ku yang diturunkan kerana dia pun tak tahu berenang. . aku cuba gapai kaki abangku dan berjaya. . pakcik ku yang tinggal di sebelah rumah datang dan terjun ke air dan mengambil aku. . arwah mak dan makcik mengangkat kaki ku dan mendongakkan kepala ke bawah utk mengeluarkan air laut yang menyesakkan aku. . sejak hari tu aku semakin fobia dengan air laut. . sehingga ketika aku berusia 13 tahun baru laa aku berani utk berenang. .
22 Februari 2002. . sehari sebelum raya haji. . aku kehilangan orang paling penting dalam hidupku. . arwah mak pergi menghadap ilahi. . detik yang sangat memberi kesan dalam hidupku. . membuatkan aku hidup tanpa arah yang betul. . aku gagal dalam peperiksaan utk pertama kalinya ketika semester ke2 tahun 2002. . 2003 aku tak pergi ke sekolah selama 97hari tanpa sebab. . aku ponteng sekolah. . bawa baju lebih dari rumah. . sampai d bandar aku tukar pakaian. . merayau di bandar. . di flat kosong. . detik yang aku tak kan lalui. . dek kerana masalah keluarga dengan pemergian mak. . masalah kewangan. . masalah d sekolah. . membuat aku menjadi pelajar bermasalah. . tahun 2003 juga aku mendapat penyakit berjangkit yang sangat teruk. . disebabkan penyakit itu laa aku tak dibuang sekolah. . ada hikmah juga di sebalik penyakit tersebut. .
2004 aku berada dalam dilema. . aku hampir tak dapat menyambung persekolahan kerana masalah kewangan. . namun pakcik ku membantu menguruskan persekolahan ku. . aku nak pindah sekolah. . kerana S.M.K ST. Michael tak sesuai utk aku. . pada 6 April 2004 aku bersekolah di S.M.K Merpati. . sekolah yang menyelamatkan hidupku. . aku tekad tidak ingin melakukan kesalahan sama ketika aku berada d tingkatan 3. . keputusan yg hanya cukup makan utk menyambung ke menengah atas aku gunakan sebaik2nya utk berjaya. . meskipun ketinggalan pelajaran selama 4bulan. . namun aku bersyukur kerana dapat kekal tempat pertama dalam kelas. . menjadi pelajar terbaik bulan Julai tahun 2004. . sekolah yang sangat memberi perhatian kepada diri ku. . aku mendapat sinar hidupku kembali. . meskipun masalah kewangan dan keluarga sangat membebankan aku. . ketika SPM. . tahun 2005 aku menggalas tanggungjawab keluarga yg selama ketiadaan mak, akak yg pikul. .skrg aku pula. .bapa slalu kerja luar. .jadi jarang d rumah. . akak ku sudah mula kerja. . aku yang menjalankan segala tanggungjawab akak ku. . pulang dari sekolah pukul 2petang. . aku lah yang jadi tukang masak di rumah. . cuci pakaian kami. . kemas rumah. . urus duit belanja rumah. . membuatkan aku matang tentang kehidupan ketika itu. . rasa sayang ku kepada sekolah membuatkan aku sanggup pergi ke sekolah dengan hanya berbekalkan duit tambang pergi saja. . tak makan di sekolah. . tambang balik tahu laa aku cari. . kadang2 pinjam dengan kawan. . kawan yg sentiasa ada ketika aku susah. . mariani. .edah. .naning. .thx suma. . Alhamdulillah subjek yang aku target A dapat aku capai. . meskipun hanya kelas kemanusiaan. . BM. .Math. .Sains. .P.seni. . dapat ku capai. . dan syukur dapat tersenarai dalam top10 sekolah. .
cuti sepanjang menunggu keputusan SPM aku bekerja. . di market. . tmpt kerja akak ku. . walaupun penat sangat. . n gaji yang tak seberapa. . tp sudah cukup membuatkan aku gembira dengan pengalaman pertama bekerja dan guna duit hasil titik peluh sendiri. . akhirnya aku dapat menggunakan handphone dengan hasil duit ku sendiri. . tanpa perlu meminta daripada bapa dan keluarga yang lain. . aku cukup puas hati. .
2006 aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. . memang saat sekolah yang aku paling hargai. . kerana saat terakhir pakai pakaian sekolah. . ada peraturan sekolah. . ikut aktiviti sekolah. . kenangan yang akan terpahat selamanya dan pasti dirindui kelak. . syukur juga aku mendapat biasiswa ketika ini. . masalah kewangan tidak sangat membebankan aku ketika itu. . kawan yang rapat dengan aku. . genk 6A3 dan genk pusat sumber mewarnakan kehidupan ku. . di sekolah ni juga aku mendapat title anak cikgu farne. . cikgu pengajian perniagaan ku. . hahaha. . cikgu ni pape hal mst aku yg kna cari. . siap buat statement 'kamu [merujuk kpd pelajar 6A3] semua ni. .tak dah seorang pun yang boleh senangkan hati cikgu. .si Jidih jak [aku la tu. .ngee] yg dpt senang kan ati cigu' hahahaha. . pa lagi. . semua ketawa laaa. . aku pun ketawa sampai nek merah muka. . malu pun ada juga. . hehe. . sebab tu subjek PP ku selalu tinggi. . plg tinggi time 6rendah g. . ngee. . dan pa yg aku target A dapat juga. . walaupun tak dapat 4flat kn. . tp syukur laa. . 2A1B1C+. . C+ tu PA. . subjek yg wat aku down time exam STP. . nasib baik ada member yg dorong aku. . klu tak mesti dah give up. . huhu. .2A tu BM dan PP. .B plak Sains sukan. .hehe
tahun 2007. . selain STPM. . aku juga berkenalan dengan seorang gadis yang sangat penting dalam hidupku. . sangat memahami ku. . sangat menyayangi ku. . banyak menolongku. . cinta chatting. . kenal dari laman sesawang chat guna hp. . winwap. . hehe. . tarikh 22 Oktober 2007 jadi tarikh keramat kitorg. . yg bestnya dia dah rapat sangat dengan keluarga aku. . aku pun dah rapat dengan keluarganya. . dia dah selalu bermalam di rumah keluarga ku. . aku pun dah 4kali bermalam di rumah keluarganya. . di restui laa kiranya. . hehe. . suriyanti. . tu la insan penyeri hidupku. .
setelah menjalani ujian MEDSI dan temuduga [pelajar pendidikan tahu laa kn] akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading. . Universiti yg mmg aku nak sangat jejaki. . yg melahirkan pendidik. . segala ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan kepada semua. . sentiasa diguna. . Universiti Pendidikan Sultan Idris. . tapi sayangnya aku tak dapat berkongsi kegembiraan ini bersama arwah mak. . tapi syukur juga kerana aku dapat membuat bapa ku bangga dengan pencapaian ku. . ahli keluarga pertama yg dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. . Alhamdulillah. .
hari ni. . 6 ogos 2009. . genaplah 21tahun aku berpijak di bumi Allah SWT. . meminjam ciptaanNya. . yg ptg aku dah layak mengundi. . LoL. . syukur dengan semua yg aku lalui. . akhirnya aku berada di sini. . sekurang-kurangnya mencapai sasaran hidupku. . berharap sangat aku akan berkesempatan membahagiakan semua org di sekelilingku. . terutamanya bapa ku. . keluarga ku. . Bbie ku.
mgkn bufday kali ni yg plg teruk dlm hidupku gk. .errmm. .
sori kpd semua yg pernah aku sakiti. .
Amin. . Wassalam. .
6ogos2009
khamis
3.24am