BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Ahad, 31 Oktober 2010

kisah benar : budak pmpuan merempat tepi jalan sebab dihalau kakak sendiri~

semalam dek kerana JIWA KACAU yang dihadapi aku pergi tawaf satu KHAR then lepak sorg2 kat stesen bus..tak tahu nk pg mn..celaru..buntuh..then 30minit lps tu baru laa aku call abg syam a.k.a kereta sapu..


1o minit lepas tu abg syam sampai kat KHAR..aku seorang jer pg karoke..abg syam siap ajak lepak ramai2 kat I Love U Corner..restoran yg kononnya selalu jd port abg syam and the geng lepas keja..makan sambil karoke ramai2..aku tolak ajakan abg syam sebab aku lebih suka seorang2..nak release tension punya pasal..

tapi aku bukan nak cerita pasal aku pg karoke..aku nak cerita pasal sorg budak perempuan yg merempat kat tepi jalan ni..nak dijadikan cerita..lepas jer aku keluar dari tempat karoke tu..aku nampak laa seorang budak perempuan berbaju merah sambil membawa beg pakaian yang kecik..pada pengamatan aku budak tu dalam tingkatan 3..kesian aku tengok dia dok layan orang yang ada kat situ tp orang budak dek jer ngan dia..aku memang dah tension pikir masalah aku..so aku pun panggil dia duduk sebelah aku..nak bawa bual..bermulalah sesi soal siasat ala2 rancangan 999..huhu

aku pun tanya laa dari A to Z. nama dia Nurul Aisyah. umo 19 tahun. jadi jangkaan aku meleset sebab fizikal dia mcm budak form3. anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik.

perbualan kitorg lebih kurang mcm ni~~

aku ; adik tinggal dkt mana?
nurul ; tgl kat Slim
aku ; jadi tak balik rumah ka? dah lewat ni.
nurul ; saya kena halau dari rumah.
aku ; siapa halau?
nurul ; kakak yang halau. dah 5 hari duk tepi jalan ni.
aku ; jadi tido mana?
nurul ; semalam tido kat depan klinik. selalu kat depan CIMB bank tu.
aku ; [tekejut ni] tinggal dengan akak ka?
nurul ; aah..dengan akak dan suami dia..dah nak masuk 4 anak dorg.
aku ; mak abah mana? dorg tak tahu ke nurul kena halau ni?
nurul ; mak dah takde. meninggal 11 tahun lalu. abah kat kuantan. tinggal dengan makcik. abah pun pernah halau saya.
aku ; kenapa dorg halau nurul?
nurul ; dorg tak benarkan saya kawan dengan budak2 kat area rumah tu langsung. mana boleh bang tak kawan langsung. kita kena ada kawan dua tiga orang. pape masalah boleh share.
aku ; budak2 tu jahat kot?
nurul ; sebelum ni dorg ok. baik. tapi baru2 ni je dorg merokok. isap gam. minum.
aku ; nurul buat tak semua tu?
nurul ; merokok pernah sekali. tu pun cuma nak try. lepas tu tak buat dah. minum pun pernah sekali. time putus cinta dengan bf.
aku ; kenapa nurul minum benda tu sebab putus dgn bf je?
nurul ; ntah lah bang. masa tu tension. tapi tu sekali jer. lepas tu tak buat dah.
aku ; sebab tu la akak dan abah tak benarkan nurul kawan dengan dorg kot. nurul kalau keluar dengan kawan balik lewat tak?
nurul ; selalu kalau keluar petang balik lepas isyak.
aku ; selalu ke keluar dengan member?
nurul ; seminggu ada laa 2 3 kali.
aku ; abang tanya direct la ya. pernah buat pape tak dengan bf? [soalan berani mati]
nurul ; tak pernah la bang. setakat pegang2 tangan jer.
aku ; hurm. tolong akak tak kalau kat rumah?
nurul ; tolong. kemas rumah. potong sayur ke pape. kalau masak memang akak yang buat. tak tahan la bang. akak selalu tuduh bukan2 kat saya. menghabiskan beras kat rumah laa. menyusahkan laa. pernah sekali akak tuduh saya tido dengan abang ipar saya. padahal tiap2 malam saya tido dengan abah saya kat bilik masa abah saya duk rumah tu.
aku ; adik beradik lain mana?
nurul ; sorang akak duk kedah. keja kat sana. dengar2 dah nak kahwin. dua orang adik duk asrama kat negeri sembilan.
aku ; ooo. nurul 19 tahun kan. so keputusan SPM macam mana?
nurul ; saya tak habis belajar. sampai tahun 6 jer?
aku ; kenapa tak habis?
nurul ; [dgn tenang je] takde orang nak tanggung saya.
aku ; so adik duk asrama tu siapa tanggung?
nurul ; diorang duk rumah anak yatim. saya dah cukup umur. dah tak boleh duk kat sana.
aku ; abah kerja tak?
nurul ; tak. abah tak kerja.
aku ; nurul tak pernah cari kerja ka?
nurul ; dulu dah pernah kerja. tapi duit gaji semua akak suruh bagi kat dia. jadi saya nak pakai apa? dulu saya ada handphone tapi akak ambil dan jual handphone tu kat orang lain.
aku ; hurm. sakit hati tak kat akak?
nurul ; sakit hati.
aku ; kat abah?
nurul ; sakit hati.
aku ; adik?
nurul ; adik tak laa.
aku ; hurm. akak sulung jahat erk?
nurul ; takde laa. akak tak jahat. nakal sikit je. [sambil senyum]
aku ; nakal? nakal mcm mana plak?
nurul ; yelaa. suka marah2. nakal la. tak jahat pun.
aku ; jadi makan tak ni?
nurul ; makan. kenyang ni. boleh tahan sampai esok pagi.
aku ; makan mcm mn?
nurul ; pekerja2 dekat area2 ni belanja. dorg semua baek. hari tu saya kena kejar anjing. dorg baling anjing tu dengan selipar. [sambil gelak kecil]
aku ; baguslah kalau mcm tu. jadi lepas ni nak pergi mana? takkan nak duk tepi jalan ni jer. nurul tu perempuan.
nurul ; ntah laa bang. nak pergi rumah makcik kat behrang tapi takut.
aku ; takut kenapa?
nurul ; suami makcik tu lain macam. selalu kacau saya.
aku ; kacau? kacau macam mana?
nurul ; kacau laa. takut dia buat pape kat nurul.
aku ; jadi takkan nak duk tepi jalan ni. lagi bahaya. baik pergi tempat saudara sendiri. yang boleh terima kita.
nurul ; akak kat kedah baik. kalau dia tau saya kena halau mesti gaduh dengan akak yang sulung. tapi saya tak tahu nombor telefon dia. lagi pun dengar2 dia dah nak kahwin. kalau boleh taknak kacau laa dia dengan suami dia nanti.
aku ; [bingung] takkan takde keluarga lain?
nurul ; ada makcik kat johor. tapi tak tahu nak tumpang siapa. minta tolong dengan member2 tapi semua taknak tolong. semua cakap 'kau buat hal kau. aku buat hal aku'.
aku ; hurm. tu lah susah. nak kawan ramai tapi semua kawan bila time senang ja. tengok skrg nurul susah kawan2 pun tak nak tolong.
nurul ; [sekadar tersenyum sendiri] abang taknak balik ke? dah lewat ni.
aku ; aah dah lewat. jap lagi balik la. [aku kluarkan duit rm3 dr dompet]
nurul ; eh takpe laa bang. [sambil angkat beg pkaian dia. nak lari]
aku ; eh nurul ambik ja. bukan banyak pun. ambik
nurul ; terima kasih abang.
aku ; nanti pergi la rumah makcik. minta tolong kat sana. baru contact akak nurul kat kedah. pergi tempat orang yg boleh terima kita. so tak jadi kes macam ni lagi. nurul tu pmpuan. bahaya duk tepi jalan ni.

habis ja berbual dgn budak tu aku pun chow laa pergi stesen bas tunggu kereta sapu ambik balik kolej. jadi yang aku nak kita sama2 fikir adalah ~~

1. ni lah realiti orang sekarang. akak dan abah sendiri pun sanggup halau adik kandung. merempat tepi jalan. mungkin akak dan abah dia ada sebab tersendiri tapi tak seharusnya menghalau darah daging sendiri. setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.
2. nasib anak yatim yg mengalami masalah dalam keluarga. kurang kasih sayang hingga menyebabkan budak seperti nurul nampak bersahaja bagaikan dah biasa menghadapi semua ni.
3. pemilihan kawan yg tepat membawa kita ke mana arah tuju seterusnya. biarlah kawan tak ramai yg penting kawan sorg dua yg kita ada tu biar betul2 kawan. yg tahu dan fhm siapa diri kita. susah senang boleh bersama.
4. nasib kanak2 atau remaja perempuan pada masa kini yg hidup terancam walaupun dengan ahli keluarga sendiri. macam pakcik nurul sendiri yg mengganggu nurul hingga nurul pun takut dengan keluarga sendiri.
5. ahli keluarga sendiri cukup berkira atau kedekut meskipun kepada saudara kandung sendiri.
6. namun walaupun keluarga nurul tidak ambil peduli terhadap diri nurul, masih ada masyarakat sekitar yg prihatin dengan memberi makanan kepada nurul.
7. kesusahan hidup anak yatim dan keluarga bermasalah menyebabkan nurul tidak dapat melanjutkan pelajaran.

sedar atau tidak itulah realitinya. dan kisah ni bukan rekaan atau rekayasa. tapi adalah benar belaka disahkan oleh jakim. huhuhu. rasanya ini je laa yg boleh aku kongsikan.

fikir2kan dan selamat beramal~~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian kan...

kesian dak tu..
kesian dia..

kalo aku nk tdo mlm tu pon susah sbb dok pikir pasal dia...

-ur exhousemate--cenna

leodarkboyz berkata...

mmg ksian..hrap2 d permudahkan laa khidupannya..huhu

Related Posts with Thumbnails