BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Khamis, 13 Disember 2012

Balada Mulanya Sebuah Kisah


Balada seorang perindu...
rindu berkongsi rasa...
rasa antara dua hati...
dua hati yang membenih sayang...
berharap sayang berkembang mekar...
mekar menerbangkan debunga cinta...
agar sang perindu juga merasa harumnya...

Balada seorang pencinta...
hati yang sekian lama kontang...
kini mula bertakung rasa cinta...
untuk dihirup bersama...
hilangkan dahaga dua jiwa...
yang dahagakan rasa cinta...

Balada dua jiwa...
kita berkongsi ceritera...
kita berkongsi rasa...
kita berkongsi segalanya...
sayang...
permulaan kisah kita mungkin sama...
mari...
pimpin tanganku...
genggam tanganku...
turuti langkahku...
akan ku pastikan akhirnya mesti berbeda...
supaya kisah kita akan menjadi impian buat mereka yang punya cinta...
dan menjadi dongeng buat mereka yang enggan percaya...

Related Posts with Thumbnails