BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Ahad, 8 Januari 2012

Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati.
Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci.
Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.


Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama.
Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya.

Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga.

Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah.

Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora.

Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.


Jadi biar aku sahaja yang melaluinya dan mengisahkannya~

Jumaat, 6 Januari 2012

Bayangan



Yang paling penting bukannya kekuatan kudrat, tapi keteguhan hati.
Cubalah teguh setegar karang.
Anda tidak akan jadi besar dengan memperkecilkan orang lain.
Cubalah tunduk seperti padi.
Cakap, semua orang boleh cakap. tapi tak semua orang boleh buat. Semua orang boleh bagi nasihat. tapi tak semua orang boleh hulurkan bantuan.
Cubalah bersinar bak kejora.
Kadang-kadang kita tak perlulah terlalu menunjuk-nunjuk yang kita ni kononnya serba tahu walhal yang kita tahu cuma setitis air daripada hamparan lautan nan luas.
Cubalah diam bagaikan ubi.


Teguh setegar karang, tunduk seperti padi, bersinar bak kejora, diam bagaikan ubi~

Khamis, 5 Januari 2012

Pelacur Cinta


Yang sementara itulah yang seharusnya indah.
Agar suatu hari nanti kita mampu tersenyum gembira pabila terkenangkannya

Yang sementara itulah yang seharusnya sempurna.
Agar ianya berbekas di dalam jiwa untuk selamanya.

Biarlah orang berkata ianya tidak akan ke mana.
Tapi ku percaya itu tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkannya kotor dengan perbuatan seorang pelacur cinta!

Related Posts with Thumbnails