BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Khamis, 12 Mac 2009

CRY IS SOLUTION????


assalamualaikum W.B.T dan salam muhibbah. . .
sekarang aku kat dalam DKC [dewan kuliah C]. ada kumpulan tengah pembentangan kat depan ni. .pembentangan tentang sistem pendidikan India @ Tamil di Malaysia. tajuk menarik tapi aku gatal gak nak taip entri ni. sebenarnya dah lama nak buat entri ni sebab aku rasa nak bincang kat blog aku ni.

kenapa tajuk dalam BI??. sebab aku nak mengekalkan keaslian topik yang aku rasa menarik ini. kawan aku kat Ym buat status seperti tajuk di atas. sebab tu aku kekalkan tajuk tu. .hehe.

persoalannya betulkah?????. .menangis adalah penyelesai masalah kita???. .yakah??. .
pada aku menangis tak dapat menyelesaikan masalah namun menangis dapat mengurangkan beban dan buat seseorang berasa tenang walaupun untuk seketika.

menangis juga sering berkait rapat dengan golongan wanita. yakah??

tetiba aku teringat dengan kawan perempuan aku Santi pernah tanya aku pasal menangis ni. dia tanya aku "lelaki menangis berapa kali 1 minggu?". hahaha. aku terus teranglah kalau aku dalam sebulan pun belum tentu ada menangis. pendek cerita dalam setahun mungkin boleh di kira dengan jari. hehe. aku tak cakap lelaki tak menangis. aku sendiri pun akan menangis juga. terutama teringatkan mak aku. tapi lelaki tak akan menangis depan public tahu!. biasalah. ego lelaki lebih tinggi dari tinggi tubuh badan dorang sendiri. sama gak lah dengan aku. tapi ada bataslah. keke. kecuali dengan orang yang rapat dengan diri kami je. ngee~

Santi cakap kalau perempuan tak sah kalau dalam seminggu tak menangis. jadi tiap2 minggu perempuan ada menangis. .yakah??. tu dia kot. korang pula macam mana??. sebab tu kot golongan wanita ni sering di gelar cengeng. faham ke cengeng tu apa?. kawan kelantan aku tak faham. sabah je kot guna tu. berdasarkan pemahaman aku lah kan. cengeng tu samalah maksudnya dengan selalu nangis. sikit2 nak nangis. sikit2 nak nangis. macam budak2. hahaha.

bolehlah di anggap air mata lelaki adalah MAHAL berbanding wanita. hehe

namun air mata wanita ni jugalah senjata nuklear wanita. kenapa aku menyatakan sedemikian?. kerana selalunya air mata wanita ni akan dapat mencairkan dan memadamkan api yang membara dalam diri seseorang. selalunya pasangan kekasihlah. kalau ada masalah lelaki selalunya akan kalah dengan air mata wanita. akhirnya masalah selesai. jadi betulkah air mata merupakan penyelesai masalah???

apa pendapat korang?. betulkah menangis adalah penyelesaian?. betulkah perempuan ni cengeng?. dan apakah nilai air mata kepada seorang lelaki dan wanita???. mohon respon korang.

Ahad, 8 Mac 2009

pembuka tirai march 2009~

assalamualaikum W.B.T. . .

maaflah baru update blog ni. .sibuklah. .keke. .ni baru nak update setelah si hafiz tegur. .hehe. .lagi pun sibuk buat assgment yang telah tertangguh selama menjalani latihan teater. .wireless lagi satu masalah. .macam kura2 ekspres [dipetik daripada encik samsudin. .PA aku. .ngee]. .ermm. .aku pilih tajuk "pembuka tirai march 2009" kerana ni entri pertama ku dalam bulan mac ni. .dan aku nak cerita tentang pembuka tirai mac ku yang sangat menggembirakan. .nak tahu kenapa??. .kerana pada 1 mac 2009 bersamaan hari ahad lalu teater Hakikat Tabah Seorang Ilham daripada kumpulan Rasa Sayang eh! [kumpulan KHAR kami lah. .ngee] telah memenangi 4 anugerah termasuk tempat kedua keseluruhan pada Malam Anugerah Festival Teater UPSI 2009. .yeyeh!!. .walaupun cerita basi dah satu minggu berlalu. .keke. .gembira sangat sebab penglibatan pertama ku dalam bidang teater dan lakonan membuahkan hasil. .tahniah dan terima kasih sangat2 kepada seluruh produksi Rasa Sayang Eh! dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan teater Hakikat Tabah Seorang Ilham. .syukur sangat. .Alhamdulillah. .
pada malam tu bertemakan Tradisional & Estetika tapi geng lelaki kami main redah ft redha saja. .hahaha. .pakai bebas. .knonnya estetika. .yang penting pakai baju kannnn. .hehe. .nak cerita sikit tentang anugerah yang kami telah bawa pulang. .watak papa jahat telah memberi tuah kepada Hafizudin kerana berjaya menjadi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. .watak tukang sapu yang diselitkan malam sebelum persembahan berlangsung telah memberi kejayaan kepada Cik Lah setelah dinobatkan sebagai Miss World. .haha. .tak da lah. .Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. .ngee. .seterusnya watak seorang budak cacat yang tiada dialog telah dilakonkan dengan jayanya oleh Pijut sebagai Leman sehingga berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Harapan Lelaki. .sentap!!. .haha. .dan akhirnya kami berjaya memenangi naib juara keseluruhan dengan membawa pulang duit dan trofi. .TAHNIAH SEMUA!!!
malam tu berakhir dengan sesi fotografi kitorg. .semua syok sendiri dah macam artis ft model tak berbayar. .hahaha. .LoL~. .ye lah. .bila lagi nak bergumbirakannn. .kekeke. .selebihnya korang tengoklah gambar yang aku sempat upload ni ok!!. .bahagian ni yang hafiz tunggu2 ni. .hahaha. .Wassalam. .

sedikit info; juara = Kolej Za'aba : teater Hitam & ketiga = Unit Kediaman Luar Kampus : teater Kerusi




Ahad, 1 Mac 2009

dia. . .


assalamualaikum W.B.T

entri ni emosional skit. .rsa beban kalau tak luah. .ermm. .dia terlalu istimewa untuk ku. .sangat penting dalam hidupku. .sanggup berkorban untuk ku. .sering membantu ku. .sangat memahami ku. .dialah satu2nya. .tak dah dua. .tak dah pengganti

namun malam ni ada konflik dalam hubungan kami. .aku sedar tu salahku. .tak menghubungi dia samada dari sms atau call. .selama seminggu aku tidak menghubunginya. .aku sibuk dengan latihan teater. .dan apabila aku sibuk aku tak suka sms orang. .aku malas nak berbuat demikian. .walaupun untuk kekasihku sendiri. .bukan lupa atau tidak penting tapi itulah tabiat ku. .dan DIA mempertikaikan kesibukanku kerana aku ada masa untuk tengok friendster ku. .haha. .lawak pun ada juga. .yaa. .aku akui. .kebetulan aku melayari internet. .jadi aku tengoklah friendster aku. .entahlah. . . .

tapi percayalah. .meskipun aku tidak menghubungimu. .aku tak akan mencari lain. .aku tak kan menduakan mu. .aku tak kan curang kepada mu. .aku tak kan pergi tinggalkan mu. .tidak sekali2. .kerana kau terlalu istimewa. .tak dah seorang wanita seperti mu. .BODOHLAH aku sekiranya aku melepaskanmu. .aku tak kan melakukannya. .tidak menghubungi mu bukan kerana aku melupakanmu. .bukan kerana aku fikir kau tidak penting dalam hidupku. .semua itu sudah tabiatku. .terus terang aku katakan di sini. .aku hanya inginkan masa bersendirian. .walaupun keluarga atau kekasihku sendiri. .aku rasa malas nak sms. .

dan INGAT. .meskipun begitu. .aku TAK KAN lupakan mu. .TAK KAN. .TAK KAN dan TAK KAN. .aku dah putuskan bahawa kau lah bakal isteri ku. .tak dah orang lain. .sebabnya kau hanya SATU. .janganlah risau. .tidak menghubungi mu bukan kerana aku berubah. .jika berubah sekali pun. .aku TAK KAN tinggalkan kau atau lepaskan kau. .TAK TERFIKIR LANGSUNG PUN. .PERCAYALAH. .

1 MAC 2009
AHAD
2.26am

Related Posts with Thumbnails