BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Ahad, 8 Mac 2009

pembuka tirai march 2009~

assalamualaikum W.B.T. . .

maaflah baru update blog ni. .sibuklah. .keke. .ni baru nak update setelah si hafiz tegur. .hehe. .lagi pun sibuk buat assgment yang telah tertangguh selama menjalani latihan teater. .wireless lagi satu masalah. .macam kura2 ekspres [dipetik daripada encik samsudin. .PA aku. .ngee]. .ermm. .aku pilih tajuk "pembuka tirai march 2009" kerana ni entri pertama ku dalam bulan mac ni. .dan aku nak cerita tentang pembuka tirai mac ku yang sangat menggembirakan. .nak tahu kenapa??. .kerana pada 1 mac 2009 bersamaan hari ahad lalu teater Hakikat Tabah Seorang Ilham daripada kumpulan Rasa Sayang eh! [kumpulan KHAR kami lah. .ngee] telah memenangi 4 anugerah termasuk tempat kedua keseluruhan pada Malam Anugerah Festival Teater UPSI 2009. .yeyeh!!. .walaupun cerita basi dah satu minggu berlalu. .keke. .gembira sangat sebab penglibatan pertama ku dalam bidang teater dan lakonan membuahkan hasil. .tahniah dan terima kasih sangat2 kepada seluruh produksi Rasa Sayang Eh! dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan teater Hakikat Tabah Seorang Ilham. .syukur sangat. .Alhamdulillah. .
pada malam tu bertemakan Tradisional & Estetika tapi geng lelaki kami main redah ft redha saja. .hahaha. .pakai bebas. .knonnya estetika. .yang penting pakai baju kannnn. .hehe. .nak cerita sikit tentang anugerah yang kami telah bawa pulang. .watak papa jahat telah memberi tuah kepada Hafizudin kerana berjaya menjadi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. .watak tukang sapu yang diselitkan malam sebelum persembahan berlangsung telah memberi kejayaan kepada Cik Lah setelah dinobatkan sebagai Miss World. .haha. .tak da lah. .Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. .ngee. .seterusnya watak seorang budak cacat yang tiada dialog telah dilakonkan dengan jayanya oleh Pijut sebagai Leman sehingga berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Harapan Lelaki. .sentap!!. .haha. .dan akhirnya kami berjaya memenangi naib juara keseluruhan dengan membawa pulang duit dan trofi. .TAHNIAH SEMUA!!!
malam tu berakhir dengan sesi fotografi kitorg. .semua syok sendiri dah macam artis ft model tak berbayar. .hahaha. .LoL~. .ye lah. .bila lagi nak bergumbirakannn. .kekeke. .selebihnya korang tengoklah gambar yang aku sempat upload ni ok!!. .bahagian ni yang hafiz tunggu2 ni. .hahaha. .Wassalam. .

sedikit info; juara = Kolej Za'aba : teater Hitam & ketiga = Unit Kediaman Luar Kampus : teater Kerusi




Related Posts with Thumbnails