Assalamualaikum
Jam di desktop menunjukkan pukul 9.50pm bersamaan hari selasa. Aku sekarang tengah duduk sorang di beranda rumah. Berayun sorang2. tengah melayan perasaan sambil dengar lagu. Ni memang habit aku kalau nak tenangkan fikiran.
Malam ni aku berasa sangat sunyi. aku rasa ingin ditemani seseorang. Tetiba aku berasa sangat rindu kepada semua insan yang aku sayang. Entahlah. Ramai dah insan yang aku sayang tak dapat ku hubungi. Antara sebabnya ialah aku sekarang dalam krisis kewangan, tak dah kredit hp. Jadi tak dapat hubungi mereka. Internet pun tak dah. Kalau ada mesti aku dah buat entri dalam blog aku dan balas semua mesej kawan2 di friendster. Malam ni bosan betul. Tapi aku dapat juga tenangkan fikiran ku yang serabut ni dengan menghayati kegelapan malam. Melihat sinar bintang dan dibelai manja angin malam. Irama dari karya kitaro memang pilihan yang tepat untuk menghilangkan kekusutan jiwa. Tenang. Damai.
Kan bagus sekiranya hari2 ku tenang seperti malam ni. Suasana malam dan alam semulajadi memang sebati dengan diri ku. Terima kasih malam. Terima kasih alam. . .
Wassalam. . .
26 mei 2009
Selasa
10.30pm
Asslamualaikum. . .
Hari ini aku bangun lewat. Semalam aku pun tidur awal. Awal dalam diari ku lah. Pukul 11. rasa mengantuk sangat. Mungkin penat sebab petang semalam aku pergi bersenam di kawasan bekas lombong di kampung aku ni. Pemandangannya memang cantik. Angin pun kuat. Memang damai. Hari ni aku tak tahu nak buat apa. Rutin harianku dalam minggu ni memang membosankan. Tak tahu nak buat apa. Tengok tv. Dengar lagu. Menghadap laptop. Main karrom. Main saidina. Nasib baik ada semua ni. Kalau tak dah memang aku naik gilalah duduk di rumah minggu ni. Cuaca beberapa hari ni pun panas semacam. Buat aku sakit kepala. Air pun tengah naik. Jadi bertambahlah panas. Wap air tu naik ke atas dek kepanasan cahaya matahari. Dah berapa hari tak hujan ni. Tak lama lagi mesti akan hujan. Dan aku jangkakan hujan yang pastinya sangat lebat kerana tahap kepanasan yang macam ni akan menghasilkan hujan yang lebat. Namun dah beberapa hari tak hujan. Kalau hujan mesti ’rain of the year’. Aku rasa sampai di sini jak lah dulu. Aku nak pergi mandi ni. Belum mandi lagi. Hal maklumlah baru bangun. Nak pergi mandi pun dah ada orang tengah mandi. Adik lelaki aku baru selesai mandi. Sekarang giliran aku pulak. Tata. . .
Wassalam. . .
27 mei 2009
Rabu
12.18pm
Khamis, 4 Jun 2009
ni yg yg aku taip spnjg boring duk uma. .hehe
kat sabah daaa~
assalamualaikum W.B.T semua pembaca budiman. .[LoL]. .
skrg aku kat restoran santai harbour square sandakan sabah. .restoran ni di tepi laut. .best sgt stay sni. .yg bestnya lg kat restoran ni ada wireless. .akhirnya dpt gak aku on9. .huhuhu. .
aku sebenarnya boring duk ruma. .xda buat pape. .tp happy gk sbab dapat jumpa family aku. .n eherm2x aku. .hehehe. .aku tak tahu nak tulis apa. .aku upload pa yg aku tulis spnjg aku di rumah jak la erk. .oh yaa. .ari tu aku ada ikut ptngn sayembara puisi di sandakan ni. .anjuran badan bahasa. .sempena merdeka. .aku ikut sajak dan syair. .dua2 aku dapat num3 je. .huhu. .tp syukurlah. .
kla. .tu jer la. .rindu gak dengan kwn2 kat upsi. .wassalam. .
4 jun 2009
khamis
3.09pm
Dicatat oleh Jidih M. di 3:00 PTG 2 ulasan
Label: coretan hati, diariku