BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Selasa, 5 Mei 2009

apa perkara terpenting dalam hidup korg????





assalamualaikum dan slmt membaca semua. .

entri kali ni akan menimbulkan 1001 persoalan dalam fikiran korg semua. .mungkin korang da lama tahu dan mungkin juga baru nak fikir. .pernahkah korang bertanya pada diri sendiri. .apakah perkara terpenting dalam hidup kita???. .

setiap manusia mempunyai pendapat dan jawapan masing2 beserta alasan tersendiri. .jika korg tanya aku. .perkara terpenting dalam hidup aku adalah KENANGAN DAN MEMORI aku. .mesti ada yg tanyakan. .kenapa bukan nyawa???. .kenapa bukan ibu bapa dan keluarga???. .errrmm. .mungkin dahulu jawapan ku itu. .namun setelah aku kehilangan orang yang paling aku sayang dan rindui iaitu mak aku yang telah kembali ke Rahmatullah. .aku mula sedar betapa pentingnya kenangan dan memori itu dalam hidup aku. .walaupun secebis cuma. .iainya sangat bernilai ketika kita kehilangan seseorang. .dan ketika kita kehilangan seseorang barulah kita akan sedar harga secebis kenangan tersebut. .

aku sayang nyawa aku. .namun bila tiba masanya kita akan pergi jua. .aku sayang ibu bapa dan keluarga aku. .namun bila tiba masanya mereka akan pergi jua. .yang tinggal hanyalah kenangan dan memori manis dan pahit bersama mereka. .kenangan itulah juga yang akan kita bawa ke mati. .kenangan itulah juga yang tinggal terpatri di hati. .sampai bila2. .meskipun kita tak dapat berjumpa lagi untuk selamanya dengan orang yang kita sayang. .kenangan bersama mereka akan menjadi peneman untuk selamanya. .

terkadang aku berasa sangat takut sekiranya ingatanku dan memori ku hilang. .seperti diri di lahirkan semula. .bagaikan kain putih. .tak tahu dan tak mengerti apa2. .memori kosong. .mungkin akan berasa tenang. .namun pasti akan menjadi satu kerugian besar kerana tiada lagi kenangan bersama orang yang telah pergi untuk selamanya. .malahan wajah mereka juga mungkin tidak lagi dapat digambarkan. .

bagaimana pula dengan anda semua. .apakah perkara terpenting dalam hidup korg??. .kenapa anda berpendapat sedemikian??. .kongsi bersama. .masing2 mempunyai pandangan berbeza dan mungkin sama. .mohon respon kalian. .wassalam. .

5 mei 2009
selasa
3.32am

1 ulasan:

ARJUNA berkata...

memori, indah dan pahit...sntiasa mnjdi pneman dan byg2...memori dan kngn yg mmtgkn mnusi spy thu nilai erti hdup...biarkn mse lepas blalu tnp myesalinye...jdkn kngn guru yg plg brkesan dlm mmbuat ssuatu kptsn...smoga kngn anta kte terpatri abadi...tiada yg perlu dsesali...krn,hny yg mghargai tw erti memori perlu dsimpn rapi..dlm hti...wlpn shgga mti...:)

Related Posts with Thumbnails