Ahad, 25 Oktober 2009
2nd anniversary!! (chapter 3)
Dicatat oleh Jidih M. di 5:50 PG 0 ulasan
Label: coretan hati, puisi
2nd anniversary!! (chapter 2)
aku nampaklah 2 orang awek ni baru sampai dekat KFC. .
diorang pun duduk sambil mata meliar mcm cari orang. .
sorang awek ni pakai tudung hitam n baju pink. .
sah2 laa dia yg aku nak jumpa ni. .
dia msj ckp aku katne n pakai baju warna apa. .
aku bgtau "ada ni pakai baju warna hijau". .
aku biarkan jer dia mencari dulu. .
walhal aku kat tepi jer tgk dia. .
lawak giler laa. .
hahaha. .

dah kesian dia duk mencari2 baru r aku pergi jumpa dia. .
1st jumpa dia aku tak berapa berkenan sangat dengan dress dia ni. .
skiny [betul ke spell aku ni. .hehe]. .
ingat lagi dia pakai vans warna biru ada mickey mouse. .
hahaha. .
tym tu aku borak dengan member dia jer sbb member dia ni best bawa bual. .
otak boleh masuk laa. .
nama member dia jilz. .
aku tak bawa dia bual sbb segan sebenarnyer. .
dah laa usha dia kat msj kan. .
takut gak dia tak berkenan 1st tym face2face ni. .huhu
lepas tu kitorg pg beli mknan utk buka pose kat pasar ramadhan. .
pusing2 aku pun beli jer laa. .
tgh bz cari makanan tu tetiba ada orang tarik lengan baju aku sambil panggil "hyun. .hyun"
aku ingat sape jer suara manja panggil nick chat aku ni. .
rupanyer awek td ni laa. .
dia nk bg tau dia dgn mmber nak pg market jap beli air. .
alalalala. . .
manja jer time dia panggil nama dan bgtau nk pg beli air tu. .
aku ni lemah skit dgn orang manja ni. .
dr dulu lg kalau aku nak cari awek paling penting manja. .
suke sgt tgk perempuan manja ni. .
comel jer. .
lemah den. .
haha. .
so ciri utama dah lulus dah. .
hehe. .
aku dgn mmber aku buka pose kat tepi laut. .
tapi awek dgn member dia tak buka kat situ pun. .
sbb tak biasa knonnyer. .
so lps kitorg mkn dia pun pg KFC buka pose kat sna. .
2nd kitorg jumpa tym raya ke2. .
aku pergi rumah dia. .
yg bestnyer aku tipu dia. .
aku cakap dah sampai. .
dia terus bgtau parent n sume terus kelam kabut masuk bilik. .
dia pula terus keluar rumah nak sambut aku. .
walhal aku masih kat rumah aku. .
hahaha. .
kesian dorg satu keluarga kelam kabut. .
hehehe. .
sori bapa. .
sori mak. .
[mcm dah sah jd menantu jer. .lalala]
aku pergi ruma dia dgn adik laki aku sorg dgn member aku. .
sampai2 jer salam org tua yg ada kat ruma tu. .
then tgk album foto keluarga. .
aku duduk sebelah dia. .
hehe. .
berani jer dalam rumah org kannn. .
kitorg cepat rapat. .
satu kepala laa. .
siap ketawa2 lg tgk album foto dorg. .
lama jugak laa aku kat ruma dorg tu. .
3jam kot. .
hehe. .
lg satu yg aku tak bole lupa. .
aku tak faham sepatah haram pun apa mak dia ckp. .
pelat bugis mak dia kuat sgt. .
hahaha
kali ke3 jumpa kat rumah aku pula. .
dia raya kat rumah aku. .
tym tu dah raya ke7. .
hari ahad. .
dia datang dengan 2 orang kawan dia. .
dua2 kawan dia tu wanita bertudung labuh. .
hehe. .
dia dah pesan jgn nak mengada dgn kawan dia. .
aku pun takut gak kna ceramah. .
haha. .
dia dtg pakai baju kurung biru. .
tp tym tu dia tak dapat jumpa bakal bapa mertua a.k.a bapa aku laaa. .
sebab my daddy coOl dah start kerja. .
hehe. .
kat rumah tym tu aku, abg aku dan adik aku jer. .
tym ni belum declare pape lg. .
dia nak baca msj kat hp aku. .
tp aku tak bg. .
then merajuk [biasalaaa perempuan manja nii kaannnn]
lg pun dia ni anak bongsu dr 3org beradik. .
sume perempuan. .
so aku kira nasib baek laa .
tak de laa kena cuci dgn abg dia kann. .
hehe. .
tym dia merajuk tuu aku dah buat mcm2 nak pujuk niii. .
tapi tak jadi gak..
then aku ***a** **n*a* dia. .
terus tak marah. .
hahahah. .
lalalala. .
keesokan harinyer kitorg dah declare nak couple. .
22 oktober 2007 bersamaan hari isnin. .
dari saat itu laaa aku tetapkan dia panggil aku "bie" sgkatan utk ''hubby''. .
dan dia pulak aku panggil "bbie" sgktn utk "baby". .
tp sebut B dan BB okkk. .
hubungan kitorg ni unik sebab aku tak pernah lamar dia nak couple. .
masing2 faham sendiri. .
hahaha. .
"ada sstgh perkara tu kita tak perlu ucapkan tapi boleh di rasa dengan hati"
hehe. .
dr situ kitorg pun selalu jumpa. .
tapi selalu jumpa kat rumah dia. .
kat rumah aku. .
kat bandar. .
kat tmpt kerja dia. .
aku lg selesa jumpa kat rumah aku dan rumah dia jer. .
sebab pada aku lagi baik kitorg jumpa depan parent dan keluarga masing2 daripada jalan2 ntah pg mana jer parent pun tak tahu kannn. .
dia pun dah rapat sangat dengan family aku. .
dengan bapa aku pun dah boleh gelak sama2. .
aku pun dah rapat dengan kluarga dia..
dia selalu tidur rumah aku. .
aku pun dah empat kali tido rumah dia. .
tapi lain bilik okkk. .
tym aku merantau kau UPSI ni pun bapa selalu bawak my bbie pg jalan2 dgn family aku dan tido rumah aku. .
jeles gak ni sebab aku tak dpt join. .huhu
kiranyer family masing2 dah tahu dan merestui laa. .
Alhamdulillah. .

okk laa. .
tunggu entri yg berikutnyer. .
aku blm abis cerita lagi ni. .
hehe. .
wasalam
Dicatat oleh Jidih M. di 4:19 PG 0 ulasan
Label: coretan hati, diariku
Khamis, 22 Oktober 2009
2nd anniversary!!
sbnrnyer masih bz tp disebabkan ari ni merupakan hari penuh bersejarah utk aku
[sejarah la sgt knn. .hehe]
tanggal keramat 22 oktober 2009 maka genaplah sudah 2tahun hubungan percintaan aku dengan gadis yang bernama suriyanti bte doma. .

yaaaaa. .
hubungan ni yg plg lama bertahan. .
byk perkara berlaku spjg perhubungan. .
dan aku rsa aku laa plg byk buat msala. .
tp bukan curang okk. .
masalah mls msj. .
mls call. .
ntah bf ape laa aku ni kan. .
tp dah aku mmg mls nk msj. .

hehe. .
sori syg. .
[jiwang jap. .jgn muntah k]
LOL
aku nak cerita skit saat perkenalan kitorg. .
hehe. .
sweet memory. .

kitorg kenal dr chat kat hp. .
top kat sabah. .
terutama sandakan. .
winwap chat. .
tgk nick chat dia m@rm@l@de
dan nick aku time tu hyun06
trus try usha dia sbb dia bz nk knl org. .
mst user baru kat winwap chat tu. .
tnye org nyer mmg btul bru 1st tym chat kat situ. .
then trus usha. .
mnta num fon. .
tp dia ckp dia dah ada bf. .
dia chat pun sbb bf dia suru. .
tapi belum kahwin kannn. .
peduli apa aku. .
LOL. .
lepas tu tukar2 gambar. .
bbrp minggu lost cntact sbb dia dah ada knnn. .
so malas kaco. .
tapi. .
time bulan puasa. .
tetiba rsa nk msj. .
terus tnya soalan cepu cemas. .
saje nak tahu status sebenarnye. .
msj mcm ni "raya t x p raya d uma bf ka??. .lalala"
then dia balas cm ni "bf??. .tak dah maknanya"
pa lagi. .
sah2 dah break. .
yahooo!!!
terus masuk jarum. .hehe
perempuan ni klu nk usha plg sng tym baru break off dgn bf. .
sebab tym tu dorg sgt perlukn sape2 utk dorg bmanja. .
aku pun gunakan peluang sebaik2 nya. .
hahaha. .
nak dekat raya bawa dia buka puasa kat bandar sma2. .
aku pg dgn mmber skola. .
jmpa kat harbour square kat sandakan. .
dia bawa member tmpt kerjanya. .
mesej tanya dia pakai baju apa. .
ckp baju pink tudung hitam. .
aku yg smpi dulu ni duduk dgn mmber kat tepi bangunan bru nk siap. .
mata meliar mencari gadis btudung hitam. .
hahaha. .
kemudiannn. . . .
cite ni bersambunggg. .
hehehe. .
tunggu chapter 2 okkk. .
p/s : epy anniversary yg ke 2 tahun to my bbie. .smoga bkekalan smpi bila2. .
ke jinjang pelamin hendaknya. .
tp kna tunggu lepas abis study laa. .
sori sygg. .
luv u. .
misz u. .
soOoOo much. .
mmuaaaahhxxx200000++
Dicatat oleh Jidih M. di 1:12 PG 0 ulasan
Label: coretan hati, diariku
Jumaat, 18 September 2009
invisible~
lebih sebulan aku tak update blog ni. . .
dah kotor siot. .
so aku rajin2 kan laa diri update hari ni sbb dah tak bz mcm selalu..
lebih sebulan ni mgu2 yg sgt memenatkan . .byk sgt esemen kna submit dan program yg aku join. .
jadi aku mencutikan[suke ati je kn. .huhu]. . diri laa dr dunia blog ni. .
aku malas nk cerita pjg2 ni. .korg tgk je laa gambar2 program yg aku join ni spjg sebulan lebey ni k!

sume pic ni tym konvo upsi. .hehe
1. akak ku. .kak jac. .hoho. .best r. .hehe. .duk dpn stage laek. .hohoho
2. abg ku. .faizal tahir. .haha. .ni lg laa best. .penuh padang tu. .perempuan laa yg tlg meramaikan. .hehe
3. aku buat persembahan deklamasi puisi trio dr kmpulan diversity. .aku jd nafsu. .atul jd hati. .kilul jd akal. .best. .konvo tu gak aku wat psmbhn nyanyian. .lagu harapan by fazli zainal. .demam siot. .huhu
4. ni pula program wacana member. .jd aku kna buat psmbhn. .nyanyi lagu pantun budi. .nizam n hafiz pun buat psmbhn. .monolog. .hehe
5. malam tu jgk aku tlibat buat psmbhn tarian sabah. .fazil yg bwa join. .so mlm tu 2 psmbhn laa



ni pulak gambar aku time kat upsi buat rombongan ke RTM Teman Setia Anda. .hohoho
thx hafiz sbb ajak aku pg skli. .
mmg best. .
plg best maen teka-teki dlm bas. .hahaha. .
lawak gler. .
n yg best gk amik gambar laa. .
yg ptg budak upsi gak plg malatop. .kebaaboom!!
haha. .
mlm tu jgk ada live show program isu. .
jd kmi penonton jmptn laa. .
hehe. .
tgk laa betapa ayu nyer atul. .hahaha. .jgn mara ea. .gurau2 jak bah. .hehe


haaa. .skit lupa. .hehe. .1ramdhan hari tu aku smbut dgn fmly member aku ni. ..
sabahan jgk. .thx sgt2. .iyelaa org meranta kannn. .
ada org ajak puasa sma2. .1st day puasa lg tu. .
jd pergi laa. .
lg pun member sorg tu dah nk blik sabah. .
jd jumpa laa dlu kn. .
neway thx a lot kat man dan acam. .
epy sgt2 tym kat uma tu. .
sume sabahan. .
jd kurang janggal laa. .hehe. .
yg baby tu nma nyer Qistina Balqis. .
cute gler. .
salah satu sbb aku nk pg sna sbb nk tgk baby tu laa. .
geram tgk. .
huhu. .
ok laa. .
rsanyer smpi sni je laa dlu. .
di ksmptn ni. .
sy nk mnta maaf sgt2 zahir dan batin kpd sume mmber dan kenalan yg pna aq skit kn. .
sori sgt2. .
slmt hari raya aidilfitri!!. .
raya tahun ni aku tak balik. .
1st raya tanpa fmly. .
8tahun raya tanpa mak. .
al-fatihah utk arwah mak. .
amin
18 september 2009
2.02pm
jumaat
Dicatat oleh Jidih M. di 12:58 PTG 0 ulasan
Label: coretan hati, diariku
Khamis, 6 Ogos 2009
~21 tahun berpijak di alam maya~
setelah 9bulan seorang insan yang bergelar ibu membawa kandungannya. . 6 Ogos 1988. . 21 tahun lalu. . pada hari sabtu. . di Batu Dua Sandakan. . rumah keluarga mak ku. . rumah arwah nenek ku. . seorang bayi telah lahir ke dunia. . hanya terdengar rengekannya di segenap rumah. . aku hanya menangis. . aku hanya tahu menangis ketika itu. . air mata kegembiraan. . gembira telah lahir ke dunia baharu. . tak memahami apa-apa pun. . rengekan beransur diam. . merasa belaian kedua ibu bapa ku. . azan dialunkan di telinga kanan ku. . oleh bapa ku. . dengan harapan aku kan berbakti kepada keluarga dan agama ku. . mak cakap aku dilahirkan tanpa mak sedar. . keluar tanpa mak teran. . tanpa disambut oleh nenek bidan. . syukur Alhamdulillah. .
menjejak dibangku sekolah.. daripada tadika hingga tahun enam. . mak yg menguruskan segala urusan persekolahan ku. . walaupun mak tak tahu membaca. . namun dia tahu segalanya. . sifat yang cukup aku kagumi. .
ketika aku berusia sepuluh tahun. . aku berada hampir dengan ajal ku. . aku terjatuh daripada rumah kami yang belum siap sepenuhnya. . air laut naik ketika tu. . aku yang tak tahu berenang ketika tu terus menggerakkan tangan dan kaki. . tindakan ku itu yang tidak terus membawa aku terus tenggelam ke dasar. . tiap2 tiang rumah aku lihat dengan jelas. . air laut masuk terus ke dalam mulut dan hidung. . menyesakkan ku. . aku dongak ke atas dan terlihat kaki abang ku yang diturunkan kerana dia pun tak tahu berenang. . aku cuba gapai kaki abangku dan berjaya. . pakcik ku yang tinggal di sebelah rumah datang dan terjun ke air dan mengambil aku. . arwah mak dan makcik mengangkat kaki ku dan mendongakkan kepala ke bawah utk mengeluarkan air laut yang menyesakkan aku. . sejak hari tu aku semakin fobia dengan air laut. . sehingga ketika aku berusia 13 tahun baru laa aku berani utk berenang. .
22 Februari 2002. . sehari sebelum raya haji. . aku kehilangan orang paling penting dalam hidupku. . arwah mak pergi menghadap ilahi. . detik yang sangat memberi kesan dalam hidupku. . membuatkan aku hidup tanpa arah yang betul. . aku gagal dalam peperiksaan utk pertama kalinya ketika semester ke2 tahun 2002. . 2003 aku tak pergi ke sekolah selama 97hari tanpa sebab. . aku ponteng sekolah. . bawa baju lebih dari rumah. . sampai d bandar aku tukar pakaian. . merayau di bandar. . di flat kosong. . detik yang aku tak kan lalui. . dek kerana masalah keluarga dengan pemergian mak. . masalah kewangan. . masalah d sekolah. . membuat aku menjadi pelajar bermasalah. . tahun 2003 juga aku mendapat penyakit berjangkit yang sangat teruk. . disebabkan penyakit itu laa aku tak dibuang sekolah. . ada hikmah juga di sebalik penyakit tersebut. .
2004 aku berada dalam dilema. . aku hampir tak dapat menyambung persekolahan kerana masalah kewangan. . namun pakcik ku membantu menguruskan persekolahan ku. . aku nak pindah sekolah. . kerana S.M.K ST. Michael tak sesuai utk aku. . pada 6 April 2004 aku bersekolah di S.M.K Merpati. . sekolah yang menyelamatkan hidupku. . aku tekad tidak ingin melakukan kesalahan sama ketika aku berada d tingkatan 3. . keputusan yg hanya cukup makan utk menyambung ke menengah atas aku gunakan sebaik2nya utk berjaya. . meskipun ketinggalan pelajaran selama 4bulan. . namun aku bersyukur kerana dapat kekal tempat pertama dalam kelas. . menjadi pelajar terbaik bulan Julai tahun 2004. . sekolah yang sangat memberi perhatian kepada diri ku. . aku mendapat sinar hidupku kembali. . meskipun masalah kewangan dan keluarga sangat membebankan aku. . ketika SPM. . tahun 2005 aku menggalas tanggungjawab keluarga yg selama ketiadaan mak, akak yg pikul. .skrg aku pula. .bapa slalu kerja luar. .jadi jarang d rumah. . akak ku sudah mula kerja. . aku yang menjalankan segala tanggungjawab akak ku. . pulang dari sekolah pukul 2petang. . aku lah yang jadi tukang masak di rumah. . cuci pakaian kami. . kemas rumah. . urus duit belanja rumah. . membuatkan aku matang tentang kehidupan ketika itu. . rasa sayang ku kepada sekolah membuatkan aku sanggup pergi ke sekolah dengan hanya berbekalkan duit tambang pergi saja. . tak makan di sekolah. . tambang balik tahu laa aku cari. . kadang2 pinjam dengan kawan. . kawan yg sentiasa ada ketika aku susah. . mariani. .edah. .naning. .thx suma. . Alhamdulillah subjek yang aku target A dapat aku capai. . meskipun hanya kelas kemanusiaan. . BM. .Math. .Sains. .P.seni. . dapat ku capai. . dan syukur dapat tersenarai dalam top10 sekolah. .

cuti sepanjang menunggu keputusan SPM aku bekerja. . di market. . tmpt kerja akak ku. . walaupun penat sangat. . n gaji yang tak seberapa. . tp sudah cukup membuatkan aku gembira dengan pengalaman pertama bekerja dan guna duit hasil titik peluh sendiri. . akhirnya aku dapat menggunakan handphone dengan hasil duit ku sendiri. . tanpa perlu meminta daripada bapa dan keluarga yang lain. . aku cukup puas hati. .
2006 aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. . memang saat sekolah yang aku paling hargai. . kerana saat terakhir pakai pakaian sekolah. . ada peraturan sekolah. . ikut aktiviti sekolah. . kenangan yang akan terpahat selamanya dan pasti dirindui kelak. . syukur juga aku mendapat biasiswa ketika ini. . masalah kewangan tidak sangat membebankan aku ketika itu. . kawan yang rapat dengan aku. . genk 6A3 dan genk pusat sumber mewarnakan kehidupan ku. . di sekolah ni juga aku mendapat title anak cikgu farne. . cikgu pengajian perniagaan ku. . hahaha. . cikgu ni pape hal mst aku yg kna cari. . siap buat statement 'kamu [merujuk kpd pelajar 6A3] semua ni. .tak dah seorang pun yang boleh senangkan hati cikgu. .si Jidih jak [aku la tu. .ngee] yg dpt senang kan ati cigu' hahahaha. . pa lagi. . semua ketawa laaa. . aku pun ketawa sampai nek merah muka. . malu pun ada juga. . hehe. . sebab tu subjek PP ku selalu tinggi. . plg tinggi time 6rendah g. . ngee. . dan pa yg aku target A dapat juga. . walaupun tak dapat 4flat kn. . tp syukur laa. . 2A1B1C+. . C+ tu PA. . subjek yg wat aku down time exam STP. . nasib baik ada member yg dorong aku. . klu tak mesti dah give up. . huhu. .2A tu BM dan PP. .B plak Sains sukan. .hehe

tahun 2007. . selain STPM. . aku juga berkenalan dengan seorang gadis yang sangat penting dalam hidupku. . sangat memahami ku. . sangat menyayangi ku. . banyak menolongku. . cinta chatting. . kenal dari laman sesawang chat guna hp. . winwap. . hehe. . tarikh 22 Oktober 2007 jadi tarikh keramat kitorg. . yg bestnya dia dah rapat sangat dengan keluarga aku. . aku pun dah rapat dengan keluarganya. . dia dah selalu bermalam di rumah keluarga ku. . aku pun dah 4kali bermalam di rumah keluarganya. . di restui laa kiranya. . hehe. . suriyanti. . tu la insan penyeri hidupku. .

setelah menjalani ujian MEDSI dan temuduga [pelajar pendidikan tahu laa kn] akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading. . Universiti yg mmg aku nak sangat jejaki. . yg melahirkan pendidik. . segala ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan kepada semua. . sentiasa diguna. . Universiti Pendidikan Sultan Idris. . tapi sayangnya aku tak dapat berkongsi kegembiraan ini bersama arwah mak. . tapi syukur juga kerana aku dapat membuat bapa ku bangga dengan pencapaian ku. . ahli keluarga pertama yg dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. . Alhamdulillah. .

hari ni. . 6 ogos 2009. . genaplah 21tahun aku berpijak di bumi Allah SWT. . meminjam ciptaanNya. . yg ptg aku dah layak mengundi. . LoL. . syukur dengan semua yg aku lalui. . akhirnya aku berada di sini. . sekurang-kurangnya mencapai sasaran hidupku. . berharap sangat aku akan berkesempatan membahagiakan semua org di sekelilingku. . terutamanya bapa ku. . keluarga ku. . Bbie ku.
mgkn bufday kali ni yg plg teruk dlm hidupku gk. .errmm. .
sori kpd semua yg pernah aku sakiti. .
Amin. . Wassalam. .
6ogos2009
khamis
3.24am
Dicatat oleh Jidih M. di 1:27 PG 6 ulasan
Label: coretan hati, diariku
Khamis, 30 Julai 2009
ku temui arwah mak
sampai saja di hadapan rumah aku terus ke ruang tamu. .
dari pintu ruang tamu. .
aku lihat bapa dan mak duduk bersebelahan. .
dengan perasaan sebak aku salam tangan bapa. .
mencium tangannya. .
mencium kedua pipi bapaku. .
kemudian aku berpaling ke arah insan yang cukup ku rindui. .
yang cukup lama tidak ku temui. .
tubuhnya yang kurus. .
rambutnya yang ikal panjang mengurai. .
sama seperti ketika hari terakhirku melihat mak yang sedang diangkat keluar oleh bapa. .
aku salam tangan mak. .
cium tangan dan pipi mak. .
dan terus memeluk mak erat2. .
aku memeluk sekuat hati. .
cukup lama aku ingin memeluk mak. .
aku tak nak melepaskan mak lagi. .
aku tak nak. .
aku tak sanggup. .
pelukannya dapat ku rasa. .
badan mak yang ku peluk terasa hangatnya. .
mak menangis. .
aku terus menangis. .
terus menangis. .
dan menangis. .
tetiba. . .
aku tersedar dari tidurku. .
tanganku sedang memeluk tubuhku. .
mataku sedang berair. .
menangis. .
aku tutup mata sekali lagi. .
ingin kembali dalam mimpiku. .
namun. .
mimpi hanya mimpi. .
aku masih menangis. .
tapi aku bersyukur. .
kerana aku yakin aku memang sedang memeluk mak. .
mak datang ke mimpi untuk bertemuku. .
aku dapat rasakan pelukan mak. .
aku dapat merasa kehangatan tubuh mak. .
walaupun sedetik cuma. .
terima kasih ya Allah. .
semoga Allah merahmati roh mak dan dijanjikan syurga. .
AMIN
Dicatat oleh Jidih M. di 10:36 PTG 0 ulasan
Label: coretan hati, diariku
cuti yg dikuarantin. .
start 29 Julai 2009 hingga 9 Ogos 2009 UPSI tutup. .
cuti mid sem telah diawalkan. .
disebabkan kes H1N1 telah menyerang pelajar UPSI. .
4 orang pelajar didapati positif. .
[setakat ni yg aku tahu laa]
so semua student semenanjung dah balik kampung. .
yang tinggal kat kolej ni kami student borneorian yg tak balik. .
sabo jak laa. .
sunyi siot. .
dan rasa di penjara jak. .
sebab tak boleh keluar sesuka suki. .
huhuhu. .
semoga UPSI bebas secepat mungkin daripada wabak ni. .
Amin. .
jadi aku pun duduk kolej jak laa. .
boring. .
lemas. .
tak tahu nak buat apa. .
krisis kewangan belum berakhir lagi ni. .
dengar khabar esok dah keluar ptptn. .
harap2 laa. .
dah kering ni. .
huhuhu. .
member bawa aku pergi rumah abang dia kat shah alam. .
fazil laa. .
dia yg nak bawa. .
tp aku tak ikut. .
sebab tak nak laa menyusahkan dorang lagi. .
lagi pun aku nak senang dapat wireless utk siapkan assignment aku sepanjang cuti ni. .
[entah buat ke tidak. .hahaha]
tu jak kot yg aku nak taip. .
saja jak update. .
rasanya dah suma member aku buat entri tentang wabak H1N1 ni. .
so aku malas nak byk cerita lgk. .
Wassalam. . .
30 Julai 2009
Khamis
10.33pm
Rabu, 22 Julai 2009
buat penat jer. . .huhu
aku baru jer balik dr kelas ni. .
awal knnnn. .
ni laa nk cerita ni. .
tadi pagi setelah berjaya melawan mata ku yg berat sgt ni.. .
aku bgn pukul 6.47am. .
tgk azrul masi terlentang tak sedar. .
aku pun dengan sedaya upaya memaksa diri berdiri. .
akhirnya aku berjaya. .
YEAAARGGH!!!
aku menggeliat beberapa kali. .
kemudian menggapai tuala dan terus ke bilik mandi. .
abis jer mandi terus bangun kan azrul. .
sampai turn dia plak utk mandi. .
lepas dah pakai baju. .
solat. .
[walaupun lewat dah knnn. .hehe]
dalam pukul7.30. .
aku dan azrul terus bergegas ke stesen bas. .
time2 mcm ni confirm ramai org. .
sampai jer kat bus stop ramalan ternyata benar. .
dah mcm semut aku tgk pelajar2 ni. .
tp bas sikit jer. .
dah ada satu bas baru sampai ni. .
malas nak berebut. .
tp tetiba tengah org lain takut dilanggar bas tu. .
aku terus menyisip pg depan bas. .
dan hasilnya aku laa org pertama yg menaiki bas tu. .
hehehe. .
bas belum berhenti aku dah naik. .
excited. .
hahaha. .
sampai kat kampus aku sempat lagi pergi toilet ni. .
nak betulkan rambut. .
penampilan tuuu. .
hehehehe. .
masuk jer dalam kelas. .
aku seorang jer lelaki bdk BM yg sampai. .
so aku duduk bhgn depan sekali. .
bukan skema okkk. .
tapi dah tak dah tempat kosong kat belakang. .
huhu. .
hampir 15minit menunggu. .
fawez as out leader dah sampai. .
dia membuat pengumuman seperti berikut:
tadi encik abdul halim call. .
kelas hari ni dibatalkan. .
sekian. .
terima kasih. .
lebih kurang mcam tu laa pengumumannya. .
hehe. .
happy ft geram gk ni. .
happy sebab kelas batal. .
[tak dah guna punya student. .haha]
geram sebab penat2 aku bangun awal. .
[penat laa sangat knnn. .hehe]
aku pun dah tak tahu nak pergi mana. .
kelas seterusnya pukul10. .
nak pergi library blm buka g. .
so aku putuskan utk pulang ke rumah bersama2 fawez. .
dan sekarang tengah update blog aku. .
ngeeeee. . . . . .
SEKIAN. . .
WASSALAM
p/s : hari ni anniversary aku dengan my bbie yg ke 1tahun 9bulan. .
semoga berkekalan sampai bila2. .
AMIN
tak dah kredit nak wish ni. .
ptptn belum masuk. .
dengar khabar bulan9 nanti. .
adush!
22 julai 2009
rabu
9.03am
Dicatat oleh Jidih M. di 8:44 PG 0 ulasan
Label: coretan hati, diariku
Isnin, 20 Julai 2009
menang lagi!! ;)
aku baru balik kuliah ni. .
terus nak update blog aku. .
sebab ada cerita yg aku nak kongsi bersama. .
hehe. .
semalam hari bertuah kepada aku dan kawan2 aku yg lain. .
kenapa??. .
meh baca entri nii. .
hehe. .
pagi 19 julai 2009 aku, lokman dan faizal join senam hijau..
program senaman aerobik anjuran kolej kitorg. .
dengan instructor yg pada pdpt aku seksi giler. .
dah tahu ada pengetua tym tu. .
dia bole plak pkai baju ketat dengan lengan pdk tp pakai tudung. .
selendang kat pinggang tak tahu berfungsi sebagai apa. .
nak cakap tutup pape yg patoott di tutup tak gak. .
aku tak nak ambik kisah pun dia nak pakai apa. .
lantak dia laa. .
tp dia dah tahu pengetua yg bertaraf prof ada kat situ. .
bole plak pakai cam tu. .
kalau student jer masa tu aku tak kisah. .
dah dia nk tunjuk sgt body dia. .
so tengok jer laa. .
hahahaha. .
habis jer senam tuu. .
ingat nak join fear factor. .
tp aku dan faizal tarik diri. .
sebab tak cukup extrem utk kitorg. .
hahahaha. .
[walhal dah geli tgk sayur mentah, pucuk daun dan ulat tuu. .hehehe]
lepas tuu lokman ajak pergi rumah abg rijal. .
artis KHAR ni. .
hehe. .
nak tanya kalau dia jadi join pertandingan nyanyian lagu irama malaysia anjuran PERMAS kat SITC. .
abg rijal pulak masi tido. .
semua dah tak plan nak pergi pun. .
termasuk aku. .
dah malas nak pergi sebab tak dapat contact ajk pertandingan tuu. .
tp Atul ckp pergi jer. .
boleh daftar kat dewan tuu. .
so kitorg pun pergi jer laa. .
yakin jer boleh join. .
bawa siap2 baju utk bertanding. .
hehe. .
sampai kat sna diorg kata bole join. .
tgk2 peserta tak ramai pun. .
ada 9 org jer. .
2psgn duet. .
adik junior BM pun ada join gak. .
ramai laa bdk BM join. .
aku, atul dan 2 adik junior tuu. .
lepas tu nmpk plak bdk sarawakian yg aku tahu mmg sedap suara dia. .
pesaing nii. .
hehe. .
abg rijal jd peserta pertama. .
atul ke 2. .
dan aku peserta terakhir. .
hehehe. .
masa abg rijal buat persembahan tuu ada masalah teknikal sikit. .
mikrofon tak dah suara. .
so abg rijal kena ulang laaa. .
nasib baik tak abis lagu lagi. .
abg rijal nyanyi lagu asli. .
perigi biru. .
lepas tuu atul yg nyanyi. .
lagu Ya Maulai. .
mmg susah lagu tuu
laju dan tinggi. .
pengadil cakap breathing dan tempo atul jer masalah. .
tp pakaian plg meletop hari tuu. .
hehe. .
lepas tuu sampai giliran Fauzan . .
budak sarawak. .
suara dia mmg best. .
aku pun suka dgr suara dia. .
selalunya dia akan nyanyi dengan pasangan dia. .
dan lagu yg sama jugak. .
Menghilir Di Sungai Pahang. .
lagu ni pun best. .
tapi kali ni dia bwa secara solo. .
dan akhirnya sampai ke giliran aku. .
huhu..
gementar siot. .
1st aku intro part corus lagu Patah Hati. .
nk nmpk kn vokal laa konon. .
lepas tuu masuk lagu ada pantun. .
dan kemudian nyanyi lagu Pantun Budi. .
dah byk kali aku bwa lagu ni. .
hehe. .
tapi ada masalah teknikal jugak. .
suara penyanyi asal tak hilang. .
aku pun buat slamber jer laa. .
dah abis nyanyi tuu. .
nak turun daa ni. .
pengadil panggil. .
diorg tanya kalau nak ulang lagi. .
sebab ada prob td kn..
1st malas dah nak ulang sebab kalau ulang 2 kali tapi tak menang jugak malu laa wei. .
tp aku ulang jugak sebab pengadil daa bg kepercayaan utk ulang kann. .
so guna laa peluang sebaik2 nya. .
kali ke2 ni aku dah tak gementar. .
dah rasa selesa. .
step zapin aku pun akhirnya buat jugak walaupun ada salah. .
hahaha. .
masa yg di tunggu2 telah tiba. .
mengumumkan pemenang2 pertandingan tuu. .
tempat ke3 jauh kepada. .
jeng3. .
abg Rijal dgn lagunya Perigi Biru. .
akhirnya abg Rijal menang jugak. .
hehe. .
seterusnya naib johan jatuh kepada. .
jeng3. .
Akuuu!!!. .
hehehe. .
Alhamdulillah. .
syukur sgt2. .
mng lagi kali ni. .
sem lalu pertandingan lagu asli time konvo menang tmpt ke3 laa plak. .
hehe. .
dan johan jatuh kepada. .
jeng3. .
fauzan!!!. .
dah jangka pun dia mng. .
tahniah2 kepada semua!!. .
atul tmpt ke4. .
silap pilih lagu jer. .
kalau tak. .
mesti atul pun ada tempat. .
so malam semalam aku, abg rijal dan fauzan kena buat persembahan sempena majlis perasmian penutupan kat SITC. .
yg syok nyer SITC tuu. .
ada dekan lg. .
hehe. .
gementar pasti ada. .
best laa buat persembahan semalam. .
tp gambar tak daa. .
gambar time bertanding jer ada. .
video insyaAllah ada. .
hehe. .
kitorg dapat plak[btol ker ejaan aku. .huhu], hamper dan sijil. .
hamper Appeton. .
sape nak beli Appeton meh dtg rumah aku 248 atau boleh hubungi aku. .
hahahaha. .
kitorg pun balik laa. .
time kat taman bahtera kitorg sikit aksiden dgn motorsikal. .
pembonceng tuu jatuh depan kereta abg rijal. .
nasib baik abg rijal sempat elak. .
kalau tak..
confirm masuk jail kna soal siasat. .
huhu. .
dan nasib baik bdk yg bwa motor tuu pun tak da pape walaupun jatuh. .
Alhamdulillah. .
tadi pagi pulak aku dapat info dari member BM aku. .
nama aku ada di sebut sebagai pemenang lucky draw kat KHAR. ..
tapi disebabkan tak dah yg pg ambik hadiah. .
kira hangus laa. .
huhuhu. .
tp tak paa. .
bkn rezeki laa tu. .
ok laa. .
penat daa aku taip. .
tengok jer laa pic kitor tym bertanding tuu k. .
Wassalam. .
20 julai 2009
isnin
12.45pm
Dicatat oleh Jidih M. di 12:01 PTG 1 ulasan
Label: coretan hati, diariku
Sabtu, 18 Julai 2009
nomad alaf baru. .
pagi tadi sebelum pergi masjid nk solat jumaat aku
dapat tahu dari budak2 junior dalam rumah aku ni yang diorang budak junior semua kena pindah. .
jadi aku kira lega gak laa sebab tak kena pindah. .
malas nak packing dan kemas barang jak. .
byk kerja lgk. .
nak dijadikan cerita. .
lepas jak aku balik dari kelas Wacana Akademik Bahasa Melayu di taman U 11. .
aku tengok rumah 249 tu da macam kena serang penyamun. .
barang2 berselerak di sana sini. .
aku pun buat dono jak laa. .
dah laaa aku penat dan kepanasan. .
terus masuk bilik. .
lepas tuu. .
datang pulak seorang palapes pergi bilik aku ni. .
dengan selamber dua lamber nyer dia minta aku pindah pergi rumah 248. .
[aarrrgghhh]. .kena pindah laa plakk. .
dah tu sebelah rumah jer. .
aku pun terus amik kunci bilik dan tengok bilik rumah sebelah tuu. .
aku nak dapat bilik yg wireless laju jer. .
yg dekat koridor. .
hehehe. .
dengan sepantas kilatnya aku packing barang dan terus bawa p bilik aku yang baru. .
rumah 248 bilik 4. .
lepas dah angkut bersih semua barang. .
aku tengok bilik baru aku tuu macam tak pernah ada orang duduk jer. .
kotor weii. .
bengang aku. .
kena sapu dan lap lagi semua. .
[apa punya student sem1 tuu. .pem**l** tol]
aku pun dapat roomate baru. .
budak sabah jgk. .
1kos dengan aku jgk. .
sama umo gk. .
hahaha. .
aku 1 bilik dgn azrul yg tak dah perasaan. .
hahahaha. .
lepas jer setel semua. .
aku terus pergi mandi. .
slat mgrib dan baring2 jap. .
[penat weiii. .huhu]
ingat dah nak tido. .
tup2 dapat mesej dari num yg tak dikenali. .
salam kpd semua pesilat2 serimau mlm ni di minta datang utk lthn silat d pdg lps isyak. .
[waaaarrrgghhh!!]

baru aku teringat yg mlm ni aku ada lthn silat. .
aku masi join persatuan. .
syg plak klu tak abis bljr kn. .
aku pun terus mesej member silat yg lain. .
ingt kan mlm ni ada lthn. .
apiz bdk kaunseling msj aku sebab dia nk pergi sama2 dengan aku pergi silat. .
latihan tadi ada r 15 orang termasuk abg zul [lecture music yg ajar silat kitorg]
dah laaa aku lama sgt tak senaman. .
aku dah jangka aku mesti penat punya. .
baru buat senaman skit aku dah basah kuyup dek kerana peluh aku yg mencurah2. .
hormon bdn aku ni mmg tak normal. .
tempat ada aircond pun aku boleh bpeluh. .
huhu. .
abis jak latihan. .
member silat siap perli kat aku. .
kau mandi ke jidih??
sentap aku. .
rasa nak tenye2 jer muka dia kat jln raya yg bertar tu. .
[jahat kan aku. .hehe. .tak berani pun. .haha]
dah laa basah kuyup. .
aku pakai baju merah. .
so nmpk laa basah tuu. .
nafas pun belum normal lgk ni. .
masih mengah2. .
haha. .
lepas ni kena byk latihan lgk laa. .
jd xsemput mcm td. .
huhu. .
sampai kolej aku pergi makan kat restoran santai dengan azrul dan hafiez. .
hafiez mkn byk sgt. .
kue teow kungfu dan nasi greng ikan masin telur mata. .
patooott laa bdn maintain. .
hahaha. .
aku mkn nasi goreng paprik. .
tp xsedap sgt mcm nasi greng pattaya kat restoran tuu. .
nasib baek menu kat restoran tuu murahh. .
murah drpd restoran lain laa. .
hehe. .
balik rumah jer aku terus mandi. .
dan sekarang ni terus update blog aku. .
kekeke. .
panjang kan entri aku kali ni. .
dah syok taip. .
hahahaha. .
aku rasa sampai sini jak laa. .
huaaaarrggh. . . .
nantok seh. .
dah bepuluh kali daaa aku menguap ni. .
huhu. .
sekian jer laa cerita NOMAD alaf baru aku ni. .
pindah randa jer keje aku. .
huhu. .
~wassalam~
18 Julai 2009
1.58am
sabtu
Dicatat oleh Jidih M. di 1:08 PG 2 ulasan
Label: coretan hati, diariku






