assalamualaikum W.B.T. . .
aku sebenarnya dah penat bersangka baik dengan orang. semakin aku diam semakin orang nak hina aku. mungkin bergurau tapi gurauan ada batas. bukan dengan memperkecilkan orang dan menghina orang lain. aku bukan bercakap hanya disebabkan satu perkara tapi setelah pelbagai perkara berlaku. aku cuba untuk diam. tapi setelah berkali2. siapa yang tahan.
tentang istilah mamat/minah laser tapi hatinya baik tu ada betulnya. cuma satu silapnya apabila tidak berfikir dahulu sebelum berkata-kata. bukan sekali tapi berkali2. pasal niat tanya diri sendirilah. tak payah jadi hipokrit. mungkin disebabkan bangga terhadap apa yang dimiliki sehingga sanggup memperkecilkan orang lain. ya. sememangnya inilah yang aku nampak dalam diri kau. tak salah berbangga dengan apa yang kau ada sebab tu hasil usaha kau tapi jangan sampai pandang rendah dengan orang lain. jangan memperkecilkan orang lain. jangan memalukan orang lain. kerana semua ni berkaitan maruah orang lain. berkali2 diperlakukan sebegitu. seperti orang lain tiada harga diri. sekali lagi aku katakan di sini. AKU DAH PENAT BERSANGKA BAIK. AKU DAH PENAT NAK JAGA HATI ORANG LAIN TAPI ORANG LAIN TAK PANDAI JAGA HATI KAWAN LAIN. AKU PENAAAAAAAAAAT!!!!!!!!
NO BODY PERFECT. yup betul. jadi janganlah memperkecilkan orang lain ya. jangan hanya tahu menggunakan frasa tu tapi tidak menghayati maksudnya.
ni bukan tentang perkataan yang kau guna tapi ni tentang kau yang sering merendahkan orang lain.
berfikiran negatif tidak memberi sebarang faedah untuk selamanya. yup ni pun betul. jadi janganlah berpandangan negatif dengan orang lain sehingga memperkecilkan mereka k!. atau kau ni yang sentiasa positif sehingga kau rasa besar sangat?. apa2 jk la r.
niatkan dengan hati. ikrarkan dengan lidah. lakukan dengan perbuatan. buat ketiga2. jangan ikrar jk tapi tak lakukan. wassalam
p/s; sekadar jawapan kepada persoalanmu. . .
22 feb 2009
ahad
1.46am
Ahad, 22 Februari 2009
bersangka baik??????????
Dicatat oleh Jidih M. di 1:47 PG 0 ulasan
Label: coretan hati
Sabtu, 21 Februari 2009
sakit jiwa!!!!!!!!!
Assalamualaikum W.B.T......
errrmm. aku baru jk sampai bilik ni. tadi pagi kulia pengurusan ko. lepas tu aku pergi perpustakaan tuanku bainun. rancang nak ambil buku yang aku rizab tapi malangnya [taklah malang sangat] buku tu yang sepatutnya dikembalikan pada 19 feb lalu belum lagi dipulangkan. jadi aku pulang dengan tangan kosong jk la. tapi tadi sempat lagi baca surat khabar.
ni nak cerita sikit pasal apa aku sakit jiwa hari ni. aku ni bukannya baik sangat pun. tapi aku selalu jaga apa yang aku cakap sebab tak nak sakitkan hati kawan. tapi orang yang aku anggap kawan pula selalu sangat nak sakitkan hatiku dengan cakap sesuka hati. jadi aku pun dah penat nak jaga hati kawan kalau orang yang aku anggap kawan tak pandai nak jaga hati kawan yang lain. ni bukan sekali tapi dah berkali2. salahkan aku ikut teater. bolehnya lah dia sesuka sukinya cakap "eehh teater?. memalukan je". napa??. ingat belakon teater tu bogelkah!! nak malu. dosa ka???. tak kan. eh. kita dah kat U lah. bukannya budak2 lagi. kalau nak cakap tu fikirlah pasal orang lain. bukan main redah jk. tu bukan mengkritik apa yang patut kau kritik. tu MENGHINA. kalau tak faham maksudnya p buka kamus dewan.
aku ikut teater pun orang nak hina. aku ikut pertandingan nyanyi pun orang nak hina. npa???. hina sangatkah aku ni arrr??????. kalau korg tanya aku marah atau tak. jawapan aku YA. marah ft sakit hati ft kecil hati. adaa faham??. sekarang aku pun dah naik muak ft penat nak jaga hati orang yang tak pandai jaga hati kawan lain. jadi kepada sesiapa yang baca entri ni dan rasa kepedasan tu. cubalah renungkan diri tu dulu r. tembak ke sasaran yang tepat. bukan macam peluru sesat. ikut suka hati jk. pandai2lah jaga hati orang lain. kalau korg aku kritik yang tak berasas pun mesti korg sakit hati kan. biarlah kritik tu yang betul dan berhemah. walaupun aku ni tak pandai berlakon dan menyanyi tapi sekurang2nya aku mencuba. kalau nak main2 pun biarlah berpada2 yaa. jangan main sedap mulut jk. sia2 jk bljr kemahiran komunikasi kalau tak tahu nak aplikasikannya. bak kata nabil luu pikirlah sendiriiiiiii................wassalam
21 feb 2009
sabtu
12.41pm
Dicatat oleh Jidih M. di 12:08 PTG 0 ulasan
Label: coretan hati
Penat ft Gembira~
Assalamualaikum W.B.T...
ermm. .skrg jam kat desktop laptop aku ni 2.56am.baru saja lepas baca skrip. skrip??. ahh. ni lah yang aku nak cerita sikit ni. pertama sekali nak cerita pasal penat aku hari ni. di jadikan cerita tadi pagi aku lewat sampai kelas psikolinguistik. .habis kena sindir oleh pensyarah. sabar sajalah. huhu~. ni sebab semalam tidur lewatlah ni. hafiez and the genk bawa tengok cerita hantu kat ruma aku. tapi kat bilik housemate aku. hafiez punyalah semangat nak tengok. tapi penakut tahap dewa. dia seorang saja yang jerit lebih. pecah lobang. [bak kata kiki]. jangan marah yaaa. hehe~. filem yang kitorg tengok adalah Kereta Hantu Manggarai. made in indonesia. bolehlah ceritanya ni. .suspen. cuma cerita aku tak faham sangat. .mungkin sebab kitorg tengok "lompat parti". LoL~. nak tgk hantunya saja. .haha~
malam pula ada kelas ganti untuk silat. aku ambil ko silat. nak belajarlah seni mempertahankan diri. tapi memang penat gila. gila pun tak penat macam tu. LoL~. kelas mula pukul 9 pm hingga 10.50 pm. dengan baju dan seluar kotor tu. dan peluh bagaikan kena siram oleh bomba tu [memang aku ni terlebih hormon peluh. huhu~] kena terus pergi ke bilik gapura pula. nak tahu aku buat apa kat situ???. aku telah jatuh gedebab dalam bidang teater. ni pun sebab hafiezlah. dia yang ajak. aku ni dah lah tak perna ikut lakonan. berlakon pun tak pandai. bingung ft sakit kepala aku. tapi malam ni bolehlah. sebab aku dapat watak yang senang sikit nak bawa. lelaki jiwang. LoL~. yang seronoknya aku ada babak nyanyi. [kegemaran. keke]. aku jadi kekasih watak utama. yang aku pening adegan bertentang mata dan macam mana nak buat reaksi atau memek muka dalam setiap babak yang aku kena ada rasa sedih, marah, geram, kesian dan sebagainyalah. lepas latihan tadi kak pengarah teater kitorg ni iaitu kak mis suru aku belajar main gitar pula. [adeh. tadi cakap nak konon2 main gitar jk]. oleh yang demikian, aku bertambah bigung. fuh!. 1minggu kena belajar main gitar???. asas gitar pun aku tak tahu. huhu~. tengoklah cam na nanti. da lah assgment berlambak lagi. errm. tapi gembiralah mengambil pengalaman dalam teater ni. meskipun tak pandai berlakon. redah ft redha jk. haha~. baiklah. aku nak tido. sok pagi ada kulia lagi pukul 8am. harap2 tak bangun lewat lagi. salam ibu kandung suluh budiman~~~
p/s ; semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. amin.....
21 Feb 2009
Sabtu
3.16am
Jumaat, 13 Februari 2009
adeh. .sbuk nk bg cabaran. .huhu. .layan jk la~. .keke
ni lah gmbar dr album ke6 dan gmbar ke6. .puas hati??. .hahaha. .LoL~. . .ni gambar semasa program sambutan hari raya anjuran jabatan BM untuk budak-budak BM jk la. .jgn jles. .kekeke. .aku nak crita bermula dari kirilah. .yang berdiri tu fazil. .kwn 1kos BM. .1negeri Sabah. .1 daerah Sandakan. .dia ni single ang available. .LoL~. .yg duduk pakai cermin mata ni ketua kos kami iaitu Faris. .berbadan tegap tp brjiwa lembut. .hahaha. .pelik2x. .[habislah kalai dia baca. .keke]. .sbelah Faris tu lah jejaka wanted semua Miss World. .ahax. .perasan la tu. .huhu. .tu la aku. .sebelah aku tu pula pensyarah Warisan Jawi kami yang macho dan cool. .bestlah crita2 dgn dia ni. .ada karisma dan identiti yang unik dan tersendiri. .yg penting dia tak gagalkan aku dalam jawi. .hahaha. .bangga gak duduk sebelah dia. .dia yg pg duduk sebelah aku. .kikiki. .[jeles la tu]. .wanita bertudung putih tu senior. .aku pun tak tahu nama dia. .tapi wajahnya ada iras-iras coursemate kami iaitu Raja Diana. .ya ka??. .yg aku nmpaklah. .ek2. .teruna berbaju Melayu yang berdiri tu adalah pengarah program bg acara pada hari tu. .[teruna ke??. .tuuuuuuutttt]. .LoL~. .gurau jk r. .keke. .ni pun aku tak tahu nama dia. .jadi cabaran Hafizzudin telah disahut. .fuhh. .lega. .kuikuikui. .
nilah cabaran tersebut. .hehe;
-Go to your photos folder in your computer.
-Go to the 6th folder of photos.
-Go to the 6th picture in that folder.
-Put the picture on your blog and description of it.
-Invite six friends to join the challenge.
-Link them in your blog and let them know they have been challenged
jadi aku nak cabar;
1. sesiapa yang baca. .keke
2.abg ray. .klu nk la. .huhu
3-6.errmm kepada sesiapa yang pantang dicabar. .LoL~
Kerna Cinta
Kerna cinta adam & hawa bersatu,
Kerna cinta aku ada,
Kerna cinta itu satu yang indah,
Yang dapat dirasa pabila gembira,
Yang hanya dihargai pabila musibah,
Yang pasti. . .
Adakah cinta sejati di dunia ini selain cinta kepada Rabbi?
Cinta yang sampai dan sanggup ke mati,
Cinta yang hakiki?
Meskipun ianya ada. . .
Adakah cinta itu berbaloi. .
Kerna tika Jibril menjemputmu. .
Belum tentu kita dapat bertemu kelak. .
Pimpinlah hatimu mencari cinta yang direstui Ilahi,
Agar bertemu di kemudian hari. .
Bukan sekadar di perhentian duniawi. . .
Di Pentas Ini~
Melakonkan watak ketentuan Ilahi
Merempuh hutan berduri
Meredah lautan berapi
Menepis cerca nan pedih
Menanti kehidupan hakiki
Namun. . .
Cukupkah bekal di hati?
Sediakah bertemu Rabbi?
Lupuskah dosa di dalam diri?
Kini. . .
Tubuh terkujur kakuh sendiri
Meratap sedih
Menyesal tak beerti
Menangis tak berguna lagi
Kerna di sinilah noktah destinasi
Hanya dapat berserah diri
Bersedia bertemu Ilahi
Kata Pujangga
Kata-Kata Mutiara 1
imaginasi kadang2 mengajar kita untuk menjelmakan sesuatu yang tidak pasti, menghadirkan rasa tenang tatkala gelora merah bertakhta di singgah
namun. .di sebalik ketenangan yang hadir untuk seketika. .imaginasi akan membuat sang gelora merah menguasai diri yang mudah alpa dan tergoda. .sehingga ketenangan hanya untuk sedetik cuma. .dan semakin menambah derita di jiwa yang merontah-rontah ingin keluar namun tak tahu di mana arahnya
jika segala yang berharga d beri kepadaku. .tak
p/s : jiwang plak aku rasa. .LoL~. .cuba bakat sasteralah knon. .keke. .ska2 jk
Dicatat oleh Jidih M. di 3:03 PG 1 ulasan
Label: coretan hati
Khamis, 12 Februari 2009
Lawak Slumber. .LoL~
Renungan Bersama
"Hidup tak kan bermakna tanpa gelak ketawa, kerana ianya pelengkap hari-hari indah manusia"
Rabu, 11 Februari 2009
KHAT 09

Gambar ini aku ambil dari blog hafiz. .jgn mara. .haha. .LoL~. .gambar Atul & aku. .baca kat bawah ni yer!!
Assalamualaikum W.B.T. dan selamat membaca. .hehe. .sekarang aku nak cerita sedikit tentang program hari terbuka di kolej kediaman tempat aku berteduh ni pada 5 hingga 8 feb 2009 yang lalu. .banyaklah program yang telah diadakan. .persiapan telah dibuat seawal hari isnin bersamaan 2 Feb 2009. .[ yang aku nampaklah. .sebab aku pun tidak terlibat. .bukannya REXCO pun. .keke]. .
Tapi aku bukannya nak cerita pasal KHAT ni. .yang aku nak cerita di blog ni ialah satu program yang aku sertai semasa KHAT berlangsung. .rasa2 apa??. .hehe. .aku ikut pertandingan mengubah hantaran. .hahaha. .LoL~. .tak da lah. .aku ikut pertandingan lagu asli. .eherm2x. .bole nyanyi ke??. .keke. .bolelah 'menyumbangkan suara'. .hahaha. .sebenarnya aku suka2 saja ikut ni sebab aku dah kemaruk sangat nak ikut pertandingan menyanyi. .walaupun tidak pernah ikut mana2 pertandingankan. .ni lagi lagu asli. .bukan zaman aku. .LoL~. .aku tak pernah pun nyanyi lagu asli. .tak pandai sangat. .susah nak buat lenggok suara. .tapi cuba sajalah. .walaupun dihina. .dikutuk. .aku tak kisah sangat. .[tapi bukan tak kisah langsung. .hehe]. .yang penting aku berani mencuba daripada setakat pendam jak kan. .memang minat nyanyi pun tapi lebih kepada lagu R&B, balada dan sentimental. .huhu
aku nyanyi lagu Pantun Budi. .perkara paling aku takut adalah lupa lirik. .haha. .sebab aku memang tak ingat lirik lagu tu pun. .lagu aku tak minat memang susah nak lekat d kepala otak ni. .keke. .nasib baik ada TV. .dapatlah aku menarik nafas lega sikit. .hehe. .lagu ni syok tapi aku tak pandai menari. .hahaha. .pandai jugalah tapi tarian zapin tak tahulah. .keke. .ada seorang lagi kawan aku yang suaranya memang lunak iaitu Rabiatul Adawiyah. .dia nyanyi lagu Hati Kama. .lagu duet nyanyi solo tuuu. .dia dapat tempat ke-3. .tahniah atul!!. .aku??. .aku kalah. .huhu. .tapi tak pa. .sebab aku dah cuba dan yang penting kepala lutut aku tak berapa bergegar semasa d atas pentas tu. .hehe. .terima kasihlah kat abang Rijal sebab bagi aku minus one lagu asli ni. .InsyaAllah kalau ada pertandingan nyanyi lagi aku nak ikut. .hehe. .kecuali lagu asli kot. .sebab tak pandai. .LoL~
RENUNGAN BERSAMA
i. gagal setelah mencuba tu lebih baik daripada mengalah sebelum
mencuba
ii. ramai orang gagal kerana kurang cita-cita dan bukannya kurang
bakat
iii. seorang kawan akan memberi semangat bukannya menjatuhkan
mereka,
seorang kawan akan memberi kritikan membina bukannya menghina
mereka
rasa tertipu. . .errmm~
assalamualaikum semua. .da 1 minggu tak sentuh blog ni. .tiada idea nak tulis. .kalau cerita tentang keluarga panjang sangat. .nanti ada masa terluang yang panjang aku akan sambung cerita tentang keluarga aku. .skrg jam menunjukkan pukul 2.28am. .errmm. .tiba2 rsa nak tlis blog plak. .rsa sedih sgt hari ini sebab RASA TERTIPU. .korang pernah tak kena tipu. .mesti pernahkan. .dan mesti sakit sgt2. .terutama org yg tipu kita tu adalah orang yg kita dah anggap mcm kluarga sendiri. .ntahlah. .aku rasa mcm dipermainkan. .urrmm. .yg lbh menyakitkan lg alasan yg diberikan tak dapat aku terima dengan pemikiran warasku. .kalau alasan msuk akal tak pa jga. .sekurang2nya kita bole berpuas ati. .ni tak. .menyakitkan ati ada r. .huh!. .
orang semua tgk aku ketawa. .gembira. .mcm tak da apa2 berlaku. .tp tiada siapa yg tahu apa yg bermain dlm minda dan hatiku. .sebab aku tak suka membebankan otakku dengan memikirkan sangat masalahku. .jadi aku cuba untuk ketawa brsama2 kwn2 ku yg lain. .aku cuba lupakan tp bkn mudah utk ku. .kerana ianya seperti menyempurnakan separuh dr diriku dan hidupku. .errmm. .smpi sni jk r dlu. .da ngantok ni. .coretan ini setakat meluahkan apa yg membeku d hati sebelum sakit hati ini semakin parah dan sukar diubati. .mencari teman utk berbicara dan memahami bknnya sesuatu yg mudah. .biarlah benda bisu ini menjadi peneman. .wassalam
10/02/09
2.44am
selasa
Dicatat oleh Jidih M. di 5:54 PTG 3 ulasan
Label: coretan hati





