BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Jumaat, 13 Februari 2009

Kerna Cinta


Kerna cinta dunia wujud,

Kerna cinta adam & hawa bersatu,

Kerna cinta aku ada,

Kerna cinta syurga dikurnia,

Kerna cinta itu satu yang indah,

Yang dapat dirasa pabila gembira,

Yang hanya dihargai pabila musibah,

Yang pasti. . .

Adakah cinta sejati di dunia ini selain cinta kepada Rabbi?

Cinta yang sampai dan sanggup ke mati,

Cinta yang hakiki?

Meskipun ianya ada. . .

Adakah cinta itu berbaloi. .

Kerna tika Jibril menjemputmu. .

Belum tentu kita dapat bertemu kelak. .

Pimpinlah hatimu mencari cinta yang direstui Ilahi,

Agar bertemu di kemudian hari. .

Bukan sekadar di perhentian duniawi. . .

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails