BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Sabtu, 21 Februari 2009

Penat ft Gembira~

Assalamualaikum W.B.T...

ermm. .skrg jam kat desktop laptop aku ni 2.56am.baru saja lepas baca skrip. skrip??. ahh. ni lah yang aku nak cerita sikit ni. pertama sekali nak cerita pasal penat aku hari ni. di jadikan cerita tadi pagi aku lewat sampai kelas psikolinguistik. .habis kena sindir oleh pensyarah. sabar sajalah. huhu~. ni sebab semalam tidur lewatlah ni. hafiez and the genk bawa tengok cerita hantu kat ruma aku. tapi kat bilik housemate aku. hafiez punyalah semangat nak tengok. tapi penakut tahap dewa. dia seorang saja yang jerit lebih. pecah lobang. [bak kata kiki]. jangan marah yaaa. hehe~. filem yang kitorg tengok adalah Kereta Hantu Manggarai. made in indonesia. bolehlah ceritanya ni. .suspen. cuma cerita aku tak faham sangat. .mungkin sebab kitorg tengok "lompat parti". LoL~. nak tgk hantunya saja. .haha~

malam pula ada kelas ganti untuk silat. aku ambil ko silat. nak belajarlah seni mempertahankan diri. tapi memang penat gila. gila pun tak penat macam tu. LoL~. kelas mula pukul 9 pm hingga 10.50 pm. dengan baju dan seluar kotor tu. dan peluh bagaikan kena siram oleh bomba tu [memang aku ni terlebih hormon peluh. huhu~] kena terus pergi ke bilik gapura pula. nak tahu aku buat apa kat situ???. aku telah jatuh gedebab dalam bidang teater. ni pun sebab hafiezlah. dia yang ajak. aku ni dah lah tak perna ikut lakonan. berlakon pun tak pandai. bingung ft sakit kepala aku. tapi malam ni bolehlah. sebab aku dapat watak yang senang sikit nak bawa. lelaki jiwang. LoL~. yang seronoknya aku ada babak nyanyi. [kegemaran. keke]. aku jadi kekasih watak utama. yang aku pening adegan bertentang mata dan macam mana nak buat reaksi atau memek muka dalam setiap babak yang aku kena ada rasa sedih, marah, geram, kesian dan sebagainyalah. lepas latihan tadi kak pengarah teater kitorg ni iaitu kak mis suru aku belajar main gitar pula. [adeh. tadi cakap nak konon2 main gitar jk]. oleh yang demikian, aku bertambah bigung. fuh!. 1minggu kena belajar main gitar???. asas gitar pun aku tak tahu. huhu~. tengoklah cam na nanti. da lah assgment berlambak lagi. errm. tapi gembiralah mengambil pengalaman dalam teater ni. meskipun tak pandai berlakon. redah ft redha jk. haha~. baiklah. aku nak tido. sok pagi ada kulia lagi pukul 8am. harap2 tak bangun lewat lagi. salam ibu kandung suluh budiman~~~

p/s ; semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. amin.....

21 Feb 2009
Sabtu
3.16am

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails