BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Jumaat, 13 Februari 2009

Kata Pujangga

Kata-Kata Mutiara 1


imaginasi kadang2 mengajar kita untuk menjelmakan sesuatu yang tidak pasti, menghadirkan rasa tenang tatkala gelora merah bertakhta di singgah sana, menikmati sentuhan tanpa rasa yang hanya boleh dilepaskan dengan satu kerinduan,yang akhirnya membawa kepada penyatuan..penyatuan 2 jiwa yang saling dahaga akan kehausan sang asmara yang entah kemana menjauh pergi

namun. .di sebalik ketenangan yang hadir untuk seketika. .imaginasi akan membuat sang gelora merah menguasai diri yang mudah alpa dan tergoda. .sehingga ketenangan hanya untuk sedetik cuma. .dan semakin menambah derita di jiwa yang merontah-rontah ingin keluar namun tak tahu di mana arahnya


Kata-Kata Mutiara 2


jika segala yang berharga d beri kepadaku. .tak kan ternilai dengan dirimu. .jika dunia d beri kepadaku tak kan sama dengan dirimu. .kerna dirimu tidak dapat d samakan dengan emas sekali pun. .mahupun dunia semata. .kau tersangat istemewa. .bagaikan sang bulan d angkasa yang menjadi tatapan dan pujaan seluruh makhluk. .d pagari sang bintang. .namun tetap sanggup menerima diriku yang bagaikan bintang yang paling malap dan kecil dalam berjuta bintang d langit. .yang sekiranya tiada tidak memberi sebarang kesan dan tidak d cari. .sebaliknya dirimu yang hilang akan d cari..yang pergi akan d rindui. .bukan hanya diriku namun berjuta bintang d langit. .terima kasih kerna masi berpaling padaku. .dan menerima diriku. .mencinta diriku meskipun cahayaku yang kelam..hanya satu sang purnama perlu tahu. .bintang malap inilah pemuja setia mu. .peneman di kala dukamu. .kerna itu sahaja yang termampu ku hulurkan. .kerna sinarku semakin malap. . dan pasti akan hilang kelak. .


p/s : jiwang plak aku rasa. .LoL~. .cuba bakat sasteralah knon. .keke. .ska2 jk

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suck it!!!

Related Posts with Thumbnails