BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Isnin, 23 Februari 2009

22 Februari~ patah tak tumbuh, hilang tak berganti

assalamualaikum W.B.T....

tanggal 22 februari merupakan tarikh keramat untuk diriku. pada tarikh ini maka genaplah 7 tahun aku kehilangan orang yang paling penting dalam hidup ku. seorang wanita yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga. wanita yang telah membesarkan kami 8 beradik. menatang kami bagai minyak yang penuh. menjaga kami dengan penuh kasih sayang. tanpa memikirkan penat dan sakit.

aku sangat berbangga terhadapnya kerana meskipun dia buta huruf namun dialah yang telah mengurus semua hal sekolah kami. malahan dia seorang yang sangat mementingkan penampilan. membuatkan aku bangga berada di sampingnya.

dialah ibuku. mak ku. 7 tahun lalu. pada 22 februari 2002. hari jumaat. sehari sebelum semua umat islam menyambut hari raya aidiladha dengan gembira. kami sekeluarga menyambut dengan air mata.

sebenarnya seminggu sebelum pemergiannya, telah banyak tanda yang seakan memberitahu dia akan pergi meninggalkan kami untuk selamanya. setiap malam ibu meminta bapa membeli semua makanan kegemarannya. tetapi dia hanya sekadar merasa dan selebihnya akan diberikan kepada anak2nya. setiap malam dia bermain dengan kami beradik termasuk bapaku. kami bermain catur buat pertama kalinya. dan ibu dapat mengalahkan bapa bermain catur. aku sangat gembira dan berasa aidiladha kali ni akan lebih bermakna. namun. . . .

malam sebelum pemergian insan yang sangat ku rindui. ibuku memakai semua barang kemas dan make up seperti kebiasaannya. setelah sekian lama tidak memakainya kerana sakit yang dialami. dia sempat menyatakan hasratnya untuk memotong rambut. semua barang kemasnya dipakai sehingga keesokkan hari. pada malam tu juga ibuku sempat berbual berdua dengan akak ku. ibuku telah memberi pesanan. . . . "jika mak dah tak da nanti, jaga makan minum bapamu. jaga adikmu si ahmadi sebab dia selalu sesak nafas dan jaga adikmu yang bungsu sebab dia masih kecil". pesanan terakhir seorang ibu kepada anaknya yang berharap dapat memikul tanggungjawabnya ketika ketiadaannya kelak.

aku masih ingat pagi itu aku terdengar mak dan bapa ku bergurau dan ketawa di dalam bilik mereka. aku rasa sungguh gembira. namun dalam pukul 9 pagi ibu ku tiba2 sesak nafas. ambulans telah tiba. ibu hanya mampu memberi isyarat kepada akak ku untuk menanggalkan semua barang kemas yang dipakainya sejak semalam. bapa mengangkat ibu dan membawa ibu ke hospital. seakan mengiringi pemergiannya, kami beradik berbaris di sepanjang laluan ibu di angkat keluar dari biliknya. masih segar di ingatanku pandangan terakhir ibu terhadap kami beradik. perasaan aneh timbul ketika melihat pandangan ibu. ibuku memerhatikan seorang demi seorang anaknya walaupun pada masa itu dia sesak nafas yang teramat sangat. tapi aku tak menyangka pandangan itu merupakan pandangan terakhir antara kami. perjalanannya diiringi dengan tangisan kami beradik. seperti dapat merasa pemergian ibuku. walhal sebelum ni ibuku sudah beberapa kali di bawa ke hospital tapi pada hari tu la air mata kami mengirinya. sebelum ini tidak.

berita pemergian ibuku untuk selamanya, ku ketahui setelah aku pulang daripada mengambil adik ku dari sekolah. aku heran kenapa kakak dan adikku menangis. setelah kakak ku memberitahu aku perkara sebenar, aku tidak berasa sangat sedih kerana aku masih tidak percaya sehinggalah jenazah ibuku telah di bawa ke rumah. aku masih ingat kata2 bapaku dan reaksi wajahnya ketika tiba di rumah bersama jenazah ibu. pertama kali aku melihat bapa menangis yang teramat sangat. sambil cuba senyum dan kata2 keramat kepada anaknya yang tidak akan aku lupakan sampai bila2 "kamu jangan menangis ya. mak kamu sudah tiada". dengan senyuman terpaksa dan air mata tak henti2, bapaku ada mengatakan "kenapa kau tinggalkan aku dulu". ya Allah!. .hanya Kau yang tahu apa yang bapa ku rasa masa tu. ujian yang sangat besar untuk bapaku. setelah lebih 30 tahun berkahwin dan dalam sekelip mata ditinggalkan sendirian.

aku duduk di bahagian kepala jenazah ibu. setiap kali kain penutup jenazah di buka, hati ku bagai gugur dan hancur ketika melihat ibuku yang tidak bernyawa dan kakuh di depan mataku sendiri. semua orang kata tak baik menangis kepada orang yang meninggal. ya betul. tapi hanya orang yang mengalaminya sahaja akan dapat merasai perasaan sebenar kehilangan orang tersayang untuk selamanya. berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul. kerana aku sedar. aku mungkin tidak berpeluang untuk bertemu dengan ibuku lagi untuk selamanya. meskipun di akhirat kelak. belum tentu ketemu. aku hanya mampu berdoa dipertemukan walaupun hanya di mimpi sahaja. walaupun sesaat sahaja. aku sangat bersyukur.

pagi aidiladha menjadi hari kami sekeluarga menghantar ibu ku ke alam baru untuknya.
melihat semua orang memakai baju raya menyedarkan aku hari tersebut merupakan hari kebesaran umat islam. semua tu tak bermakna lagi. hari raya tidak seperti dahulu.

aku sangat berbangga kepada bapaku kerana masih tidak berkahwin meskipun telah 7 tahun ditinggalkan oleh ibu untuk selamanya. kami beradik tidak menghalang sekiranya bapa ingin berkahwin lagi. tapi belum ada sesiapa yang dapat menggantikan ibu di hati bapaku. ermm. aku sangat kesian kepada adik bongsu ku. kekadang aku bertanya sama ada dia masih ingat dengan mak. dia cakap dia dah tak ingat. tapi ketika pagi raya pergi menziarah kubur mak. dia akan menangis. membuatkan hati ku sangat sayu melihatnya. sedangkan aku berusia 14 tahun ketika pemergian ibuku tapi masih belum berasa puas. ni kan pula adik ku yang baru berusia 6 tahun ketika itu. masih tidak memahami apa2. hari2 seterusnya sekiranya dia bertanya mengenai ibu, kami hanya memberitahu ibu pergi jalan2. namun kini dia sudah memahami segala2nya. membesar tanpa mak membuatkan adik ku hidup dalam kekurangan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.

mulai dari hari tu aku sedar bahawa bila2 masa sahaja salah seorang daripada kami sekeluarga akan pergi untuk selamanya. namun aku harap biarlah aku yang pergi dahulu kerana aku tak sanggup merasa sakit dan sedih kehilangan seseorang yang penting dalam hidup ini untuk kedua kalinya. aku dah takut dan serik untuk merasanya lagi.

aku sedih kerana aku tidak mempunyai kesempatan untuk membalas jasa ibuku. memberi kesenangan kepada ibuku. berkongsi kegembiraan bersama ibuku dengan apa yang aku kecapi kini. memberi ibuku rasa segala2 hasil daripada titik peluh ku sendiri. aku tak berpeluang dan beroleh kesempatan melakukan semua itu.

dalam kesedihan ku juga, aku bersyukur dengan pemergian ibuku ke alam lain kerana semua siksa hidupnya akan berakhir. sakit yang dialaminya akan terhenti. sesungguhnya Allah S.W.T sangat menyayangi ibuku. dan atas sebab itu lah ibuku dijemput pergi agar segala penderitaannya akan berakhir.

aku berharap orang yang menyusahkan hidup ibu ku akan mendapat balasan daripada Allah S.W.T yang setimpal dengan perbuatannya. biar mati perlahan2! huh!

ermm. entri ini sekadar menjadi renungan bersama. hargailah dan sayangilah ibu korg selama masih ada peluang. jangan sampai korg menyesal di kemudian hari.

sampai di sini sahajalah dahulu. jam dah menunjukkan pukul 2.19am. sok pagi ada kuliah lagi. semoga roh ibuku dirahmati dan tenang di sana. semoga ibuku berada di tempat orang2 yang soleh dan soleha. semoga Syurga menjadi rumah kekal abadi untuk ibuku kerana hanya Syurga sahajalah yang setimpal dengan segala pengorbanan dan jasa seorang ibu. semoga Allah makbulkan. Amin. . .

Wassalam. . .

23 Feb 2009
2.22am
isnin

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hye jidih.. Sikin nie..
Sedihnya... Nangis2 aku bce ko punye blog taw..
Aku sensitif sikit kalo cerita psl ibu.. Pape pun, sabar k.. InsyaAllah.. Ko akan jumpa ibu ko kat akhirat kelak.. Bykkn doa.. Moga ibu ko ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.. Amin..

Jidih M. berkata...

thx sikin. .insyaAllah dpt jmpa d akhirat. .harap2 sgt. .huhu

Tanpa Nama berkata...

salam..ni aku e.d..(lalala~)

umm...sdh la pe yg ko luahkan lam blog ni...
smp bjye wat aku blinang air mte..hmm...
aku fhm cmne rse cm2...
kwn aku pnh khlangan parents die hari yg serentak..
n die nangis yg teramat smp xmampu kua suare...
aku harap ko tabah erk..
pape hal..im owez behind u 2 spport u..

owez b hapy n gud luck in ur life..

Related Posts with Thumbnails