BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


Pabila Penglipur Lara Mula Merungkai Rasa di Balik Jalan Lama

Pabila segala rasa bertakung dalam lopak hati. Pabila mulut gagal mencari pendengar setia hingga kekal terkunci. Jari-jemari yang menari mengikut rentak papan kekunci yang berceratuk merungkai rasa di dalam sanubari.

Andai tiada yang ingin melalui Jalan Lama. Biar aku yang menjadi penghuni tetapnya. Kerna ku percaya air yang menumpang di dalam lopak jalan lama itulah menjadi minuman hidupan yang dahaga. Kerna ku percaya kesunyian yang menyelimuti jalan lama akan memberi ketenangan dalam minda yang kusut dan jiwa yang merekah. Kerna ku percaya kegelapan yang menyelubungi jalan lama akan mengajar aku menghargai sinarnya kejora. Kerna ku percaya kesepian yang menghantui jalan lama akan menjanjikan 1001 kisah tentang sebuah jalan lama.

Jadi biar aku yang melaluinya~

Sabtu, 28 Februari 2009

fuh lega!!

malam yang ditunggu2 telah tiba. malam persembahan teater dan lakonan pertama ku. syukur sangat2 persembahan berjalan dengan lancar walaupun aku ada lupa skrip tapi nasib baik dapat cover. hehe.

ada jugalah masalah sikit tadi seperti masa adegan budi terlanggar dengan Ilham lagu Mohabbatein lambat masuk. kesian diorang yang lain kat belakang lama kena kakuh. LoL~. satu lagi perkara lucu yang aku ketahui masa makan di restoran tadi iailah tentang hafiz. lawak giler lah. hehe. tapi biarlah itu jadi simpanan kumpulan teater kami sahaja. hehe

teater "Hakikat Tabah Seorang Ilham" hasil nukilan kak Mis sebagai pencipta skrip dan selaku pengarah teater. teater yang menceritakan tentang ketabahan seorang wanita bernama Ilham [kak bibie] yang telah menjadi mangsa rogol ayahnya sendiri [watak bapa dipegang oleh hafizudin dengan jaya dan rakusnya. LoL~]. malahan bapanya merupakan seorang yang baran dan kaki pukul. ibu Ilham [kak ley] selalu menjadi mangsa baran ayahnya. Ilham mempunyai seorang adik lelaki yang cacat iaitu Leman [faizal]. Leman telah dibunuh oleh ayahnya kerana cuba menghalang bapanya daripada mencederakan ibu Ilham. ayahnya telah mati dibunuh oleh Ilham ketika ayahnya hampir membunuh ibu Ilham. rasa bersalah ibu kepada Ilham kerana selama ini tidak mampu melindungi anak sendiri daripada menjadi mangsa kerakusan suaminya menyebabkan ibu membuat keputusan untuk menanggung hukuman pembunuhan tersebut.

kejayaan Ilham dalam akademik membolehkan Ilham melanjutkan pelajaran ke Universiti. semasa di sana, Ilham di uji lagi dengan berita kematian ibunya di penjara kerana sakit. meratap nasibnya yang sebatang kara membuatkan Ilham hilang dalam dirinya sendiri. namun, hadir seorang lelaki yang sanggup menerima Ilham sebagai teman hidup untuk selamanya iaitu Budi Suffian walaupun mengetahui keadaan sebenar Ilham [akulah yang pegang watak jiwang ni. .LoL~]. cinta budi kepada Ilham telah berputik sejak melihat Ilham pada pandangan pertama. Budi mempunyai dua orang kawan yang berpersonaliti berbeza iaitu Dollah aka Dolly dan Bob. Dolly [kiki. .hehe] seorang lelaki lembut manakala Bob [abg rijal] seorang jejaka Hip Hop.

di saat Ilham mempunyai sumber semangat yang baru, Ilham di kabarkan tentang pemergian Budi untuk selamanya. akhirnya, ilham berada dalam konflik jiwa samada ingin meneruskan perjuangan hidup ataupun menamatkannya kerana dia hampir putus asa. namun berkat ketabahan seorang Ilham, dia telah membuat keputusan yang tepat untuk masa depannya. pemegang watak lain adalah lokman sebagai jiran dan pelajar. ecah sebagai jiran. seorang lagi [lupa nama akak tu. .huhu] sebagai kak sal iaitu kenalan lama Ilham. cik lah sebagai cleaner yang meletop. haha. [seronok sangat tengok cik lah jadi cleaner ni. menjadi sangat]. genit sebagai hati. kak seorang [lupa lagi] lagi sebagai nafsu. tinny sebagai akal.

selesai pementasan kami berkumpul untuk diberi komen oleh juri. ada komen negatif dan positif. tapi komen yang paling aku suka adalah seorang juri ni cakap kami ni "zalim". sentap kejap juga aku dengar. apa yang kami buat???. apa silap kami??. .juri tu pun terus sambung, dia cakap "kumpulan kamu ni betul2 zalimlah sebab saya nak pergi buang air pun kena berfikir dua tiga kali. nak pergi, tak nak pergi. nak pergi, tak nak pergi. kamu buat penonton kekal ditempat duduk untuk tunggu sehingga persembahan tamat". haha. komen yang sangat mengujakan. hehe.

lepas balik tadi kami pergi ke restoran tom yam. makan ramai2 kecuali hafiz yang balik dulu sebab penat sangat merogol. LoL~. gurau jk r. peace!!.

dalam entri ini aku ingin mengucapkan seribu penghargaan dan jutaan terima kasih kepada hafiz sebab beri peluang terlibat dalam teater ni. kak Mis, kak ley, kak ainon, cik lah, kak liza, kak zati, ecah dan semua akak2 lain [xingat nama daaa. .huhu] dalam teater ni yang telah memberi banyak tunjuk ajar. kepada abg rijal, kiki, lokman dan faizal sebab bagi sokongan dan ajar aku. kepada azrul pelajar fakulti muzik sebab ajar main gitar walaupun tak pandai2 juga. haha. kepada kawan2 yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

aku juga nak minta maaf banyak2 kat kak mis sebab tak bawa watak Budi dengan baik. tadi gitar aku tak main juga. suara pun tak jelas. penghayatan pun kurang. nakal ft macho ft romantik ft cool dan yang sewaktu dengannya pun tak menjadi sangat. mohon seribu kemaafan. huhu.

jadi kena tunggulah hari ahad ni untuk mengetahui keputusan pertandingan ini. kalah menang adat bertanding. yang penting kita telah berusaha melakukan yang terbaik. dan yang paling berharga adalah pengalaman dan memori gembira sepanjang latihan berlangsung. meskipun ada tekanan namun jujurnya aku berasa gembira dan enjoy dengan korang semua!! ;D

p/s : semoga hubungan ini akan kekal sampai bila2. kalau jumpa jangan lupa tegur. huhu. peace no war!!

3.09am
28 Feb 2009
sabtu

1 ulasan:

senyapyglelap berkata...

salam. hihi terima kasih ye dih sbb sudi tolong akak brlakon dlm teater tu. ape pulak nk mintak maafnya..biasalah tu, mana ade bnde yg sempurna, lagipun tu kan pengalaman pertama dih kan...tapi akak bangga ngn kau n semua yg lain. tahniah. jgn biar bakat tu terpandam berhabuk je tau..kalau nk biar je, baik simpan kat arkib negara ke geleri sejarah ke kan...semoga maju jaya. jumpa lagi, jaga solat jaga makan jaga badan ok :)

Related Posts with Thumbnails